SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , , , , » Hiburan : Gambar | Ariel Peterpan Akhirnya Dibebaskan Dari Penjara Hari Ini

Hiburan : Gambar | Ariel Peterpan Akhirnya Dibebaskan Dari Penjara Hari Ini

Vokalis utama kumpulan Peterpan, Nazriel Irham atau Ariel perlu menjalani sesi kaunseling sebelum dibebaskan dari penjara hari ini selepas melalui hampir 90 peratus hukuman penjara selama setengah tahun atas pertuduhan mengedar rakaman video seksnya. 
"Selepas pembebasan bersyarat, Ariel perlu hadir ke pejabat pendakwaan bagi menandatangani beberapa dokumen dan kemudian diarahkan melalui sesi kaunseling di agensi yang berdekatan dengan penjara," kata pegawai penjara Kebun Waru, Bandung, Budiman Kusumah, Jumaat lalu.
 



Sementara itu, ketua keselamatan penjara berkenaan, Tohari berkata Ariel bakal dibebaskan kira-kira pukul 1 petang bersama-sama empat banduan yang lain.

Kata Tohari, unitnya juga telah meningkatkan tahap langkah-langkah keselamatan kerana menjangkakan penjara itu bakal diserbu ratusan peminat Ariel hari ini.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir