TORONTO - Chef Eksekutif Restoran McDonald's Kanada, Dan Coudreaut mendedahkan ramuan sos burger Big Mac's, menurut satu laporan kelmarin.
Portal berita New York Daily News melaporkan Coudreaut berkata, pendedahan tersebut yang merupakan sebahagian daripada program ketelusan McDonald's, dibuat bagi menjawab soalan seorang pelanggan yang ingin mengetahui cara membuat sos Big Mac's.
Menurut Coudreaut, sos itu mudah disediakan dengan menggunakan ramuan yang biasa didapati di kedai runcit atau pasar raya.
Katanya, sos itu memerlukan krim jeruk, sos mustard kuning, cuka wain putih, serbuk bawang putih, serbuk bawang dan paprika.
Namun, resipi sos tersebut katanya, adalah terhad untuk di Kanada sahaja dengan ramuan berbeza digunakan di negara-negara lain di dunia. - Agensi