SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , , » Berita : Gambar | Pelajar Tingkatan Empat Dicekup Bantu Abang Dan Kakak Ipar Edar Dadah

Berita : Gambar | Pelajar Tingkatan Empat Dicekup Bantu Abang Dan Kakak Ipar Edar Dadah


Seorang pelajar yang masih bersekolah di tingkatan empat di sini, didapati membantu abang dan kakak iparnya mengedar dadah secara kecil-kecilan ketika mereka ditahan di sebuah pangsapuri di Bandar Damai Perdana, Cheras, dekat sini.


Menurut Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab , remaja lelaki berusia 16 tahun itu ditahan bersama abang serta kakak iparnya masing-masing berusia 28 dan 30 tahun dan ketika serbuan serbuan pada jam 12.15 pagi, Jumaat lalu, Katanya, polis menemui 100 peket dadah jenis heroin dianggarkan bernilai RM8,000 dalam rumah berkenaan.

“Ujian air kencing terhadap abang remaja itu didapati positif dadah jenis heroin serta mempunyai dua rekod jenayah berkaitan dadah.


“Mereka dipercayai aktif menjalankan kegiatan itu sejak tiga bulan lalu. Ketiga-tiganya direman hingga Jumaat ini,” katanya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir