Seorang bayi lelaki berusia lima bulan, koma selepas mengalami pendarahan otak dipercayai akibat hentakan kuat pada kepala hujung bulan lalu.
Ia kini sedang menjalani rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB).
Kejadian malang yang menimpa Muhammad Taufiq Daniall Amriizwan, dipercayai berlaku sewaktu berada dalam jagaan pengasuhnya yang berusia lingkungan 50-an, di Kulim.
hasil pemeriksaan doktor menunjukkan bahawa Muhammad Taufiq mengalami pendarahan otak dan ia hanya boleh berlaku akibat hentakan kuat.
"Saya hairan bagaimana perkara itu berlaku sedangkan pengasuh mendakwa tidak tahu apa-apa dan hanya sedar apabila bayi saya tidak sedarkan diri.