SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , , , » Berita : Gambar | Dua Model Ini Bertengkar di Twitter Hanya Kerana Rambut Ronaldo Yang Bergel

Berita : Gambar | Dua Model Ini Bertengkar di Twitter Hanya Kerana Rambut Ronaldo Yang Bergel


Dua model antarabangsa, Bar Refaeli dan Irina Shayk bercakaran di dalam laman sosial twitter semata-mata kerana penampilan rambut pemain bola Portugal, Christiano Ronaldo.


Perbalahan antara mereka bermula selepas Refaeli membuat komen mengenai rambut Ronaldo ketika perlawanan antara Portugal menentang Republik Czech.
“Hanya satu perkara yang boleh saya fikirkan ketika menonton Ronaldo iaitu rambutnya yang menggunakan gel dan ia sepatutnya diharamkan,’’ katanya dalam twitter.
Namun kritikan berkenaan tidak dapat diterima oleh Shayk yang juga teman wanita Ronaldo sejak dua tahun lalu.
Dia membalas semula twitter itu dengan menulis “Menjadi seorang yang dibenci bukannya menarik. Belajar untuk mencintai,’’.
Refaeli, kemudian cuba mengendurkan keadaan namun tetap mempertahankan kritikannya itu.
Dia kemudiannya membalas “Saya sayangkan awak dan BF (teman lelaki) awak. Namun saya tidak sukakan rambutnya yang bergel itu.
Biarpun mengenakan gel di rambutnya, namun persembahan Ronaldo tidak tergugat malah dia menjaringkan gol dalam perlawanan itu untuk mengalahkan Czech.
Refaeli pernah dikaitkan dengan bintang bola sepak Barcelona, Gerard Pique ketika bintang tersebut  sedang menjalin hubungan dengan Shakira.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir