SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , , , , , , , » Hiburan : Hujan sahut cabaran bawa lagu "Dan Bila Esok" versi tradisional Dalam Versus

Hiburan : Hujan sahut cabaran bawa lagu "Dan Bila Esok" versi tradisional Dalam Versus

Ketrampilan kumpulan Hujan membawakan lagu Dan Bila Esok dalam genre tradisional dipuji ketiga-tiga panel juri, Jennifer Thompson, Faizal Tahir dan Monoloque dalam program Versus pada Jumaat lalu.Hujan sahut cabaran bawa lagu
Menampilkan Fauziah Gambus dalam persembahan mereka, lagu itu disampaikan cukup kreatif hasil karya AG Coco selaku penggubah semula lagu asal kumpulan Sofazr.

“Saya anggap ia sebagai tugasan yang amat mencabar dan telah digalas sebaiknya oleh Hujan. Lagu itu digubah semula dalam versi tradisional oleh AG Coco. Kami berharap tidak merosakkan lagu Sofazr. Kami telah menampilkan Fauziah Gambus dalam persembahan kami dan kolaborasi tersebut dibenarkan oleh pihak produksi. Kami telah menggunakan “trump card” pada minggu ini.” ujar Dimas yang ditemui sejurus selesai konsert itu.

Lebih membanggakan apabila rata-rata penonton yang hadir menyaksikan persembahan itu secara langsung menyukainya dan turut menari bersama-sama.

“Kami nampak penonton juga memberikan kami tenaga untuk kami memberikan persembahan terbaik untuk lagu tersebut. Bila mereka menyukainya, kami lega. Memang pertandingan ini benar-benar menguji kreativiti kami. Apabila Noh telah menyahut cabaran Loque pada minggu lalu, kami puas kerana dapat explore genre ini.” tambah Dimas lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir