SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , , , , , » Berita : Wanita 73 tahun Tawan Gunung Everest

Berita : Wanita 73 tahun Tawan Gunung Everest


Seorang wanita Jepun berusia 73 tahun, Tamae Watanabe memecah rekod dunia sebagai wanita paling tua berjaya menawan Gunung Everest, pago tadi.
Wanita Tua 73 Tahun Daki Everest

Rekod lelaki tertua pula yang berjaya sampai ke Gunung Everest ialah Min Bahadur Sherchan, yang membuat rekod tersebut pada usia 76 tahun, lima tahun lalu.
Watanabe sampai di puncak gunung setinggi 8,850 meter itu melalui pendakian di sebelah Tibet bersama anggota kumpulan mendaki.
Dia sebelum ini telah mendaki Gunung Everest pada 2002 ketika berusia 63 tahun, dan ketika itu sudah pun memegang gelaran wanita paling tua mendaki gunung berkenaan.
Watanabe dan anggota kumpulannya berlepas dari ketinggian 8,300 meter pada Jumaat malam dan terus mendaki semalaman sebelum dapat sampai ke puncak, pagi tadi.
Keadaan cuaca yang bertambah baik telah membantu memudahkan pendakiannya.
Sejak awal tahun lalu, keadaan cuaca di pergunungan itu amat mencabar sehingga menyebabkan beberapa ekspedisi mendaki terpaksa dibatalkan.
Namun bulan Mei disifatkan sebagai bulan terbaik untuk mendaki Gunung Everest, malah pendaki dapat menyaksikan dua cuaca yang berbeza sepanjang pendakian berkenaan.
Gunung Everest dikenali sebagai Sagarmatha atau dahi langit di Nepal manakala penduduk Tibet pula menggelarnya Chomolangma atau ibu alam.
Nama Everest diambil sempena nama Sir George Everest yang merupakan jeneral peninjau British di India sebagai penghormatan kepadanya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir