SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , , » Berita : Ibu dilarang bawa bayi pulang kerana gagal bayar bil bersalin

Berita : Ibu dilarang bawa bayi pulang kerana gagal bayar bil bersalin


Greece – Sebuah hospital di Greece didakwa menghalang seorang ibu daripada membawa pulang bayi yang baru dilahirkannya kerana dia gagal menjelaskan bil rawatan pembedahan ketika melahirkan bayi berkenaan.

Hospital Bersalin Helena Venizelou didakwa mengancam ibu tersebut yang hanya dikenali sebagai Anna kerana dia gagal  membayar bil rawatan sebanyak £970.
“Pihak hospital memberitahu jika saya tidak membayar jumlah tersebut, mereka tidak akan benarkan saya membawa pulang bayi ini.
“Siapa yang tidak takut? Anda baru melahirkan anak dan mereka mahu menyimpan bayi tersebut kerana anda gagal membayar bil tersebut. Tidakkah mereka ini mempunyai kaedah penyelesaian untuk membantu individu yang kehilangan pekerjaan,’’ kata Anna ketika menceritakan pengalaman yang dialaminya itu.
Anna, yang menetap di banda Loutsa, iaitu kira-kira sejam perjalanan dari Athens berkata, ugutan sama diterimanya ketika melahirkan anak sulongnya, 20 bulan lalu, namun Anna berjaya membayar bil berkenaan.
Berikutan itu, Anna terpaksa meminta bantuan kumpulan Women Against the Debt yang berkempen menentang tindakan kerajaan melaksanakan pelan penjimatan sehingga menjejaskan kaum wanita di Greece.
Berikutan itu, salah seorang anggota kumpulan berkenaan Dr Katerina Stypsanelli, telah menghubungi pengarah hospital terbabit, Nikos Faldamis, yang kemudiannya telah mengarahkan kakitangannya membenarkan Anna membawa pulang bayinya.
Anna juga bersetuju untuk membayar bil berkenaan secara ansuran.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir