SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » » Nama sebenar Aaron Aziz pun nak jadi bahan ker????

Nama sebenar Aaron Aziz pun nak jadi bahan ker????


Nampaknya isu nama sebenar pelakon terkenal kelahiran Singapura, Aaron Aziz terus menjadi bahan
lawak dan seterusnya menghangatkan industri hiburan tanah air sejak akhir-akhir ini.
Apapun Nama Sebenar Aaron Aziz....Apa Masalahnya?
Segalanya bermula apabila salinan kad pengenalan pelakon tersebut yang ‘kononnya’ tulin disebarkan di dalam internet.
Dalam ‘kad pengenalan’ itu nama sebenar Aaron dikatakan Mat Haron Mustapha Bin Mat Aziz Mat Mustapha.
Apalagi kecohlah jadinya sehingga isterinya, Diyana terpaksa memberikan penjelasan seperti yang diminta portal Murai baru-baru ini.
“Apa yang saya boleh pastikan, dakwaan tersebut adalah palsu semata-mata. Nama sebenar Aaron ialah Aaron Mustapha bin Aziz dan bukannya Mat Haron Mustapha Bin Mat Aziz Mat Mustapha seperti yang didakwa dan seperti yang tertulis dalam kad pengenalan berkenaan.
“Saya juga baru mengetahui berkenaan hal ini melalui Twitter dan belum berkesempatan bercerita kepada Aaron kerana dia masih berehat kerana demam.
“Jika anda tidak percaya atau menganggap saya mahu menyembunyikan hal sebenar, anda boleh bertanyakan mana-mana produksi yang pernah Aaron bekerja untuk mendapatkan kepastian nama sebenar Aaron daripada pasport miliknya,” jelas Diyana.
Diana juga berkata, kejadian ini adalah sekadar perkara yang mahu diada-adakan.
Dia juga berkata, mungkin ada individu yang kurang senang atau juga tiada kerja selain mengada-adakan berita-berita seperti ini.
Bagi penulis, tak kisahlah apapun nama sebenar artis itu…Aaron ke, Haron ke, Toron ke…kita tak bolehlah nak ‘menghanjingkan’ namanya kerana ia boleh mendatangkan keaiban pada individu itu. Tak kiralah dia artis ke, VIP atau pencacai sekalipun.
Yang mesti kita lihat adalah bakatnya, nama ‘mungkin’ memainkan peranan tetapi janganlah sampai hendak menjatuhkan maruahnya sampai begitu sekali.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir