SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , , , » Hiburan : Maya Karin jawab isu ranjang dalam Filem Ombak Rindu

Hiburan : Maya Karin jawab isu ranjang dalam Filem Ombak Rindu


Pelakon popular masa kini, Maya Karin telah tampil untuk memberi penjelasan mengenai babak yang paling banyak menerima kritikan di dalam filem "Ombak Rindu", iaitu babak rogol.
Maya Karin jawab kontroversi "Ombak Rindu"

Di dalam filem ini, Maya memainkan watak seorang gadis kampung yang naif dan lurus yang dikenali sebagai Izzah, yang kemudiannya telah dijual untuk menjadi seorang pelacur. Malah dia telah dirogol oleh pelanggannya yang pertama, yang dilakonkan oleh Aaron Aziz, walaubagaimanapun, lelaki tersebut kemudiannya telah jatuh cinta dengan Izzah.
Filem yang telah diadaptasi dari novel ini sememangnya menerima ulasan yang positif dan menerima sambutan dari orang ramai. Namun begitu, para pengkritik mendapati babak rogol di dalam filem ini telah memuliakan kekejaman dan tidak berperikemanusiaan.
Berdasarkan petikan dari the Daily Chili, Maya menyatakan pendapat yang berlainan mengenai isu yang masih hangat diperkatakan sekarang.
"Pembikinan filem meliputi gambaran mengenai keadaan yang sebenar yang kini berlaku di sekeliling kita. Walaupun ada wanita yang tabah dalam menghadapi keadaan ini dan melawan kembali sekiranya ditindas, namun begitu masih ramai lagi wanita di luar sana yang tidak berkemampuan dan kuat untuk berbuat sedemikian."
"Terdapat juga wanita seperti Izzah yang terperangkap, ditipu, dan terjebak dengan dadah. Setiap filem tidak semestinya mengenai wanita yang melawan balik dan berjaya mengatasi keganasan," kata aktres ini lagi.
Walaupun ramai yang menyoal motif jalan cerita tersebut, Maya cuma berkata bahawa filem itu tidak perlulah terlebih analisa.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir