SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , , , , , » Hiburan : Aaron Aziz Pinjam Suara Untuk Filem Animasi

Hiburan : Aaron Aziz Pinjam Suara Untuk Filem Animasi


Selepas berjaya melakonkan pelbagai watak menerusi filem dan drama, Bintang Paling Popular 2011, Aaron Aziz kini melangkah setapak lagi ke hadapan dengan menceburi elemen baru dalam kariernya sebagai anak seni.
Aaron Aziz Pinjam Suara Untuk Filem Animasi

Aktor kelahiran Singapura ini bakal melakonkan watak sebagai Laksamana Aaron dalam filem 3D Animasi bertajuk Supertots Supersquad The Movie.


Penglibatan ini adalah satu cabang baru dalam berkarya buat Aaron kerana sebelum ini dia sering membawa watak-watak aksi atau lelaki yang sering terperangkap dalam percintaan.
Menerusi Supertots Supersquad The Movie, peminat figura tampan ini dapat melihat bagaimana Aaron melakonkan watak suara kepada karektor dalam siri animasi 3D tersebut.

Supertots Supersquad The Movie adalah filem yang berdasarkan siri animasi Supertots yang memenangi anugerah Animasi Terbaik di Anugerah NEF-AWANI daripada ASTRO pada tahun 2010. Kini Supertots akan ditayangkan kembali dalam versi Bahasa Melayu di TV3 mulai Mei nanti.
Turut sama akan menjayakan animasi 3D ini ialah Dafi AF, Diana Danielle, Radhi Khalid, Na'a, Megat, Marina, Elza dan Maya.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir