SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , » Berita : Ahli Parlimen Bradford West, George Galloway peluk Islam sedekad lalu

Berita : Ahli Parlimen Bradford West, George Galloway peluk Islam sedekad lalu


LONDON -  Ahli Parlimen Bradford West, George Galloway didakwa memeluk Islam dalam satu majlis rahsia lebih sedekad lalu.
Perkara tersebut didedahkan dalam satu artikel majalah New Statesman yang ditulis oleh bekas isteri legenda kriket Pakistan, Imran Khan, Jemima Khan.

Khan mendakwa, Ahli Parlimen tersebut mengambil bahagian dalam satu majlis 'mengucap kalimah syahadah' yang dihadiri oleh Persatuan Muslim Great Britain.
Wanita tersebut mendakwa, beliau mengenali seseorang yang menghadiri majlis tersebut yang diadakan di barat laut London.


Galloway yang dipilih sebagai Ahli Parlimen Bradford West dalam pilihan raya kecil bulan lepas menafikan majlis tersebut berlaku.
Bagaimanapun, Ahli Parlimen berumur 57 tahun dan pernah berkahwin sebanyak empat kali itu enggan menafikan dakwaan beliau beragama Islam.


Media tempatan sering merujuk Galloway sebagai penganut Katolik.
Khan yang menemubual Galloway selepas kemenangannya itu memulakan artikel berkenaan dengan menulis 'George Galloway, Ahli Parlimen Bradford West adalah seorang penganut agama Islam.'
"Beliau memeluk agama Islam lebih 10 tahun lalu dalam satu majlis di sebuah hotel di Kilburn, barat laut London yang dihadiri anggota Persatuan Muslim Great Britain," tulis wanita itu dalam artikelnya.


Khan memberitahu Galloway bahawa beliau mengenali seseorang yang menghadiri majlis itu dan menanyakan adakah Ahli Parlimen itu sudah memeluk Islam.
Menurut artikel itu, Galloway menjawab, 'Saya tidak boleh menjawab soalan itu, Tuhan tahu siapa menganut Islam.' - AGENSI


SEGMEN TERBARU :KLIK UTK JOIN...JANGAN LUPA LIKE...!!!

Segmen : Ucapan Sempena Hari Pekerja 2012




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir