SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , , , , » TIPS Keselamatan Di Tempat Letak Kereta- PDRM

TIPS Keselamatan Di Tempat Letak Kereta- PDRM

Jenayah tidak mengira tempat dan salah satu yang selalu terjadinya jenayah adalah di kawasan
meletak kereta. Oleh itu,jom ikuti tips2 yang diberikan oleh PDRM untuk elakkan jenayah di tempat letak kereta:-
Keselamatan Di Tempat Letak Kereta






1. Peka dengan keadaan sekeliling. Letaklah kenderaan anda di parkir yang jauh jika ianya lebih selamat berbanding parkir yang berdekatan, tetapi boleh mengundang bahaya. UTAMAKAN KESELAMATAN DARIPADA KESELESAAN.
2. Minta bantuan rakan atau pengawal keselamatan untuk menemani anda ke tempat letak kereta sekiranya keadaan persekitaran gelap atau merasakan tindakan tersebut adalah lebih selamat.
3. Jadikan sebagai satu kebiasaan untuk meninjau dahulu keadaan di dalam kenderaan sebelum masuk. Walaupun kemungkinan orang yang tidak dikenali berada di dalam kenderaan anda adalah kecil, namun perbuatan tersebut menunjukkan tahap kewaspadaan anda terhadap sebarang bentuk jenayah.




4. Pastikan anda sudah bersedia dengan kunci di tangan sebelum menghampiri kenderaan. Elakkan daripada dilihat tercari-cari sesuatu di dalam beg ketika di tempat awam yang secara tidak langsung memberi peluang penjenayah untuk mengambil kesempatan terhadap anda.
5. Perbuatan yang digalakkan selepas memasuki kenderaan adalah mengunci pintu sebelum menghidupkan enjin. Cuba elak daripada melengah-lengahkan masa di tempat terbuka dan segera beredar selepas urusan selesai.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir