SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , , » Respon Dang Suria Zainuddin- Isu mulut celupar On Air

Respon Dang Suria Zainuddin- Isu mulut celupar On Air


Pengacara, Dang Suria menyifatkan kritikan pedas yang diberikan kepada peserta-peserta yang
mencuba nasib dalam rancangan On Air adalah tidak kejam kerana dia punya sebab-sebab tersendiri dan bukannya untuk memalukan mereka.




Dang Suria juga menjelaskan kritikan ‘celupar’ mengenai paras rupa dan fizikal yang diberikan adalah untuk kebaikan dan kepentingan kepada peserta-peserta yang mencuba nasib dalam rancangan itu.
Dia berkata apa yang dipertontonkan di dalam televisyen melalui saluran Astro Ria tidaklah seperti yang terjadi ketika sesi uji bakat sedang dijalankan sebaliknya rakaman itu banyak disunting untuk meningkatkan rating penonton.
“Biasalah dalam show business sesebuah program itu akan disunting untuk menampakkannya lebih menarik. Dan ya, saya nampak kejam dalam On Air, tetapi tak kisah tentang hal itu kerana ia adalah perkara normal dalam sesebuah penerbitan televisyen walaupun saya sebenarnya tidaklah sekejam seperti yang ditonton.
“Malah, anak perempuan saya marah dan menganggap saya seorang juri yang teruk ketika itu,” kata Dang Suria




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir