SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , , » Pemenang AJL 26 "sombong" tak hadir Majlis Meraikan Pemenang AJL 26

Pemenang AJL 26 "sombong" tak hadir Majlis Meraikan Pemenang AJL 26

Pihak stesen televisyen TV3 kecewa apabila hampir semua pemenang Anugerah Juara Lagu ke-26

(AJL26) tidak menghadirkan diri pada acara sambutan kemenangan mereka dan penyampaian cek.


Ketua Pegawai Operasi Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Ahmad Izham Omar berkata dia agak terkilan dengan ketidakhadiran para pemenang kerana majlis tersebut diadakan bertujuan bagi meraikan para pemenang.
"Saya pun tak boleh nak cakap apa. Diakui saya kecewa apabila mereka tidak hadir sedangkan majlis ini adalah untuk mereka.
"Yang hadir hanyalah wakil daripada syarikat pengurusan masing-masing. Bagaimanapun, pihak kami tak boleh nak buat apa-apa kerana mereka memberi alasan mempunyai komitmen lain," katanya yang ditemui pada majlis penyampaian cek kepada pemenang AJL26 di Sri Pentas,di sini, Jumaat.
Bagaimanapun tambah Ahmad Izham, ketidakhadiran para pemenang tidak menjadi masalah kepadanya kerana kru-kru produksi turut diraikan pada majlis itu.
< SERTAI EARTH HOUR 2012 DAN MENANG HADIAH- KLIK SINI >
Pada majlis tersebut pemenang yang hadir hanyalah penyanyi Alyah serta komposer lagu Awan Nano M.Nasir dan Budi Hekayat (penulis lirik). Selain itu, pengarah muzik, ramli MS turut hadir memberikan sokongan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir