SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , , , » Microsoft beli Skype dengan harga USD8.5 bilion

Microsoft beli Skype dengan harga USD8.5 bilion


Perisian Skype terbukti bukanlah sembarangan perisian yang berjaya dihasilkan
oleh dunia teknologi komunikasi apabila mampu menarik syarikat perisian komputer ternama, Microsoft Corporation untuk membeli perisian tersebut dengan harga USD8.5 bilion.
Microsoft Beli Skype USD8.5 Juta
KINDERGARTEN PERCUMA BUAT ANAK-ANAK ANDA>KLIK SINI
TV LCD Philips milik Anda> KLIK SINI
MAKAN FREE at Capriciossa!> KLIK SINI
JEMPUTAN KHAS BUAT ANDA: KLIK SINI
Sebuah laman web terkenal di Amerika Syarikat, LA Times, melaporkan bahawa urus niaga Microsoft yang membabitkan pembelian terbesar sebelum ini adalah pembelian syarikat pengiklan online, aQuantive, yang bernilai USD6 bilion pada tahun 2007.
“Skype adalah produk yang unik yang digunakan oleh jutaan manusia di seluruh dunia.
“Gabungan Skype dan Microsoft akan terus menawarkan produk-produk terbaru kepada jutaan pengguna di seluruh dunia,” kata Pengurus Besar Microsoft, Steve Ballmer dalam kenyataannya, semalam.
Untuk jangka panjang, beliau memberitahu bahawa perisian tersebut akan digabungkan dengan pelbagai produk Microsoft untuk memperluaskan kebolehan Skype dan menambah baik sistem komunikasi secara online.
Menurutnya lagi, semua kakitangan Skype akan dikekalkan di pejabat masing-masing termasuk di negera Estonia, Republik Ceko, Rusia, Weeden, London, Luksemburg, Jepun, Singapura, Hong Kong dan Amerika Syarikat.
Selain itu, Steve berkata, kombinasi antara Microsoft dan Skype akan mampu untuk mempercepatkan misi Skype mencapai 1 juta pengguna setiap hari.
Perisian Skype digunakan oleh anggaran 170 juta orang setiap bulan melalui PC, Tablet, Telefon Bimbit dan Televisyen.
Skype membolehkan pengguna di merata tempat untuk berbual secara audio dan video secara mudah serta banyak digunakan untuk perniagaan jarak jauh.
KINDERGARTEN PERCUMA BUAT ANAK-ANAK ANDA>KLIK SINI
TV LCD Philips milik Anda> KLIK SINI
MAKAN FREE at Capriciossa!> KLIK SINI
b
JEMPUTAN KHAS BUAT ANDA: KLIK SINI
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir