Jom jawab soalan-soalan ni untuk uji sejauh mana anda cintakan negara kita..
 
 
1.    Benarkah Umno tidak pernah berperang dengan British dan   pemimpinnya hanya berunding untuk mendapat kemerdekaan. Jadi Tunku   adalah perunding atau pejuang?
2.    Sebelum merdeka   British begitu terancam dengan PKM selepas merdeka Umno pula, walaupun   sudah berdamai (1989) tetapi tetap gelabah. Apakah mereka bimbang   mengenai hakikat sejarah yang akan terbongkar?
3.      Benarkah ramai tentera British telah menjadi korban gerila Tentera   Pembebasan Rakyat Malaya (TPRM) yang terdiri dari seluruh bangsa rakyat   Malaya yang bergabung tenaga bersama PKM?
4.    Bilakah  semboyan merdeka bermula dan siapakah pemulanya?
5.      Benarkah ramai perajurit TPRM juga telah terkorban menentang tentera   penjajah Inggeris sejak darurat 1948 hinggalah merdeka. Apakah maksud   pernyataan ini?
6.    Kalau merdeka tanpa pertumpahan   darah kenapa begitu ramai nama-nama askar Inggeris yang yang mati   direkodkan di tugu negara kita. Kenapa mereka mati? Mempertahankan siapa   - tanah jajahan atau rakyat Malaya?
7.    Benarkah   Darurat 1948 adalah perang terhadap rakyat yang berjuang bersemboyankan   merdeka. Mereka ditangkap, dipenjara dan dibunuh yang terlepas menyusup   ke hutan bergerila membentuk TPRM.
8.    Akta Darurat  1948 adalah demi keselamatan negara atau keselamatan imperialis Inggeris  di Malaya?
9.     Benarkah darurat 1948 ini diisytiharkan  sesudah kuasa penjajah  Inggeris melihat PKMM, AWAS, API, PKM, BATAS,  Kesatuan Buruh dan  lain-lain telah berjaya mengumpulkan berjuta rakyat  Malaya di bawah  PUTERA-AMCJA untuk mengusulkan negara merdeka  berpelembagaan.
10.     Benarkah darurat 1948 diistiharkan  bagi mengekang tekanan dan suara  merdeka di bawah PUTERA-AMCJA  pelbagai kaum rakyat Malaya ketika itu.
11.     Benarkah  HARTAL yang dilancarkan pada 1948 adalah antara penyebab  kuasa  imperialis Inggeris melancarkan akta darurat 1948… dan kenapa?
12.      Siapakah yang sebenarnya dalam keadaan darurat – imperialis  Inggeris  atau rakyat kerana kebangkitan seluruh rakyat ketika itu?
13.      Benarkah akta ini adalah muslihat untuk British tidak   mengisytiharkan perang sedangkan ia suatu perang terhadap rakyat yang   berjuang menuntut Merdeka dengan membawa masuk 400,000 tentera dari   tanah-tanah jajahannya ke Malaya ?
14.    Kerana akta  ini  ramai pemimpin PKMM, AWAS, API serta lain-lain parti yang berjuang   untuk menuntut merdeka telah bersama PKM dan berjuang dengan senjata   menentang Inggeris dan kenapa ?
15.    Jika mereka  tidak  memilih hutan dan gerila apakah pilihan yang ada untuk mereka  kerana  seluruh parti-parti progresif telah diharamkan. Apakah mereka  perlu  memilih rumah pasung Inggeris (balai polis), penjara atau tali  gantung  (Umno sahaja yang tidak diharamkan ketika itu kerana ia ditaja  oleh  British).
16.    Kenapa perang dalam negeri  terus  berlangsung selepas merdeka. Bukankah ini antara syarat yang  dikenakan  Inggeris untuk merundingkan kemerdekaan? Apakah signifikan  syarat ini?  Tidakkah untuk memberi masa kepada British bagi mengelak  “premature  withdrawal” dan apakah signifikannya terhadap soal perniagaan  senjata  jangka panjangke Malaya oleh British serta kepentingan  mempertahankan  harta mereka (kolonial) yang masih ada?
17.     Benarkah  Inggeris memberi kemerdekaan kepada Malaya kerana mereka  hormat orang  Melayu yang mereka pernah tulis sebagai bangsa yang tinggal  di atas  pokok (1786) atau kerana mereka sudah tidak dapat tahan  terhadap ribuan  serangan bertubi-tubi dari gerila PKM yang menyebabkan  beribu-ribu  askarnya cedera dan terkorban.
18.     Setujukah kalau  kita katakan bahawa kita hanya ada sebelah buku sejarah  iaitu versi  Umno sedangkan Inggeris mempunyai buku sejarah tentang  negara kita yang  lebih lengkap yang tersimpan di London.
19.     Bolehkah  wira-wira Melayu silam seperti Tok Janggut, Datuk Bahaman,  Mat Kilau,  Datuk Sagor, Datuk Maharajalela dan yang lainnya yang dituduh  oleh  British sebagai pengganas itu diterima  sebahagian dari pejuang   kemerdekaan.
20.    Benarkah pada tahun 1948 Umno hanya  sebuah parti (gerombolan) kecil minoriti seperti PERKASA hari ini ?
21.      Kenapa semboyan Umno adalah hidup Melayu dan bukan Merdeka, adakah   ini kerana mereka pada awalnya memperlekehkan gerakan untuk merdeka  atau  takut atau ingin mengambil hati Inggeris?
22.      Kenapa rundingan Baling 1955 gagal. Tidakkah Tunku di bawah tekanan   David Marshallyang merancang untuk menggagalkan rundingan ini? [Said   Zahari (17 tahun pernah merengkok dalam penjara) Ketua Pengarang Utusan   Melayu ketika itu - adalah penulis cerita ini masih hidup serta boleh   diwawancara].
23.     Kenapa Rundingan Baling II yang  dijanjikan oleh Tunku tidak menyusul  bagi menamatkan perang dalam  negeri. Apakah kesannya, jika berdamai  bukankah tiada tentera kita yang  terpijak periuk api dan menjadi korban  perang yang sia-sia?
24.     Ramai pemimpin-pemimpin  Melayu termasuk ulama telah ditangkap dan  dipenjara kerana mereka tidak  sealiran dengan Umno. Mereka telah dicap  sebagai pengganas kemudian  ditangkap - kenapa?
25.    Di  manakah pemimpin Melayu  yang progresif seperti Dr Burhanudin al-Helmi,  Mustapha Hussein serta  Pak Sako, Ahmad Boestamam, Ustaz Abu Bakar  al-Bakir dan lain-lainnya  telah menghabiskan usia mereka kalau bukan  dalam penjara sedangkan  mereka adalah nasionalis?
 
 
   
 
 
 
