SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , , , » Gempar : Biskut Munchy's dari Arak..

Gempar : Biskut Munchy's dari Arak..

tut-tut...u have got the message



TERKINI: JAKIM TLH BUAT SERBUAN KE ATAS KILANG MUNCHYS, BT. PAHAT DAN
MENEMUI STOR ARAK. BOSNYA DGN RASA BANGGA DAN RASA TAK BERSALAH,MENGATAKN ARAK TERSEBUT UTK DICAMPUR KE DLM BISKUT..TLG SEBARKAN MAKLUMAT INI KPD SEISLAM & KEPENTINGN UMAT ISLAM. DR PEG.JAKIM – HJ. JALIL BIN RAIHAN (JAKIM PUTRAJAYA)"


mesej dari mana ntah...pelik..bukankah munchys memang dah HALAL ker???




                                                      atau KLIK SINI



untuk mendapat pengesahan kita mesti merujuk kepada pihak yang bertanggungjawab, untuk memastikan berita yang disampaikan adalah palsu atau tidak.
Dan inilah jawapan yang dipetik dari portal Halal.gov.my :
1. JAKIM melalui Bahagian Hab Halal menerima banyak pertanyaan dan aduan berhubung sms yang menyatakan “JAKIM telah membuat serbuan ke atas kilang Munchys di Batu Pahat dan menemui stor arak”.
2. Adalah dimaklumkan bahawa JAKIM tidak pernah melakukan serbuan seperti yang didakwa dan di sini juga, JAKIM ingin menafikan kewujudan pegawai yang menghantar sms tersebut adalah pegawai JAKIM di Putrajaya.
3. Sukacita dimaklumkan, produk yang dikeluarkan oleh kilang Munchys di Batu Pahat telah mendapat Sijil Pengesahan Halal dari JAKIM yang masih sah sehingga 31 Julai 2013.
4. Justeru JAKIM menasihatkan kepada semua pengguna agar merujuk kepada portal halal di www.halal.gov.my untuk pengesahan.
Sekian, terima kasih.
     atau KLIK SINI


So…?
Jelaslah SMS tadi adalah SMS Palsu yang dicipta oleh orang yang berniat untuk menfitnah dan memburuk-burukkan jenama biskut tersebut.
Jadi di zaman teknologi maklumat ni jangan mudah mempercayai berita-berita yang didengar atau dibaca.Siasat dahulu kebenarannya sebelum menyebarkan berita-berita palsu. Daripada niat kita baik untuk alert kepada saudara Islam, tak pasal-pasal menjadi AGEN PENYEBAR FITNAH.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir