Pada suatu ketika dahulu terdapat  seorang saintis di Amerika Syarikat membuat 
satu ujikaji berkaitan kucing. Saintis tersebut menyediakan sebuah bekas kaca dan dalam bekas kaca tersebut diletakkan satu tiang. Di atas tiang tersebut saintis tersebut meletakkan seekor ikan.

satu ujikaji berkaitan kucing. Saintis tersebut menyediakan sebuah bekas kaca dan dalam bekas kaca tersebut diletakkan satu tiang. Di atas tiang tersebut saintis tersebut meletakkan seekor ikan.
Saintis tersebut meletakkan seekor kucing  pertama. Lumrah dunia apabila kucing nampak ikan ia akan cuba menerkam  ikan tersebut. Apabila kucing tersebut cuba melompat mendapatkan ikan  tersebut saintis itu menyiram kucing dengan air. Lalu terjatuh ke bawah  la kucing itu. Kucing itu melompat kali kedua namun seperti biasa  saintis tersebut menyiram kucing itu dengan air maka terjatuhla kali  kedua. Kucing itu cuba kali ketiga namun masih gagal kerana disiram oleh  saintis tersebut. Lalu, kucing itu putus harap dan tidak meneruskan  usahanya.
Saintis tersebut meletakkan kucing kedua.  Seperti kucing pertama kucing kedua juga turut cuba melompat untuk  mendapatkan ikan tetapi diperlakukan seperti kucing pertama. Kucing  tersebut mencuba kali kedua dan ketiga namun hasilnya sama seperti  kucing pertama. Lalu kucing pergi ke tepi duduk bersama kucing pertama.

Saintis tersebut memasukkan kucing ketiga. Kali ini saintis  tersebut berhasrat untuk tidak melakukan apa-apa ke atas kucing ketiga.  Namun, belum pun sempat kucing ketiga melompat datang kucing pertama dan  kedua menasihatkan kucing ketiga supaya jangan melompat kerana usahanya  akan sia-sia.
"Hai kawan. Jangan buat kerja sia-sia. Kami dah cuba lompat untuk mendapatkan ikan itu sebelum kamu masuk tadi. Tap sia-sia je kerana kita akan disiram oleh saintis kat luar tu." Kucing ketiga termakan kata-kata kucing pertama dan kedua lalu tidak melompat walaupun belum mencuba.
Saintis tersebut mengeluarkan kucing  pertama dan kedua dan memasukkan kucing keempat dan kelima. Kucing  ketiga menasihatkan kucing keempat dan kelima, "tak payahlah kau  melompat untuk mendapatkan ikan kat atas tu. Tadi kawan aku beritahu  usaha kita akan gagal kerana akan disiram dengan air oleh saintis di  luar tu."
Kucing keempat termakan kata-kata kucing ketiga walaupun dia belum berusaha untuk melompat. namun, kucing kelima kuatkan azam dan semangat untuk dapatkan ikan tersebut. Lalu kucing kelima pun melompat dan mendapat ikan tersebut. Tercengang kucing ketiga dan keempat.
Moralnya,janganlah  kita berhenti berusaha hanya kerana ada rakan kita memberitahu kita akan  gagal. kejayaan datang dari hati yang kuat menempuh onak ranjau,  cabaran dan dugaan. Percayalah dimana ada kemahuan di situ ada jalan.  Setitik air yang lembut kalau setiap hari menitis ke batu akhirnya batu  tersebut juga akan berleku. Janganlah berhenti berusaha. Capailah  cita-cita mu...
 
 
 
 
 
