Bila dahaga,  yang susukan aku.... Mak...... Bila lapar, yang suapkan aku.... Mak..  Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. .. Mak Kata mak,  perkataan pertama yang aku sebut.... Mak Bila bangun tidur, aku  cari.... Mak... Bila nangis, orang pertama yang datang .... Mak...  Bila nak bermanja, aku dekati....... Mak.. Bila nak bergesel, aku  duduk sebelah.. Mak.. Bila sedih, yang boleh memujukku hanya.. Mak..  Bila nakal, yang memarahi aku.... Mak.. Bila merajuk, yang  memujukku cuma... Mak.. Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat  marah.... Mak.. Bila takut, yang tenangkan aku.... Mak... Bila  nak peluk, yang aku suka peluk.... Mak.. Aku selalu teringatkan  ..... Mak.. Bila sedih, aku mesti talipon... Mak.. Bila seronok,  orang pertama aku nak beritahu... Mak.. Bila bengang.. aku suka  luah pada.. Mak.. Bila takut, aku selalu panggil... "Mmaaakkkk! "  Bila sakit, orang paling risau adalah.... Mak.. Bila nak exam,  orang paling sibuk juga.... Mak.. Bila buat hal, yang marah aku  dulu.... Mak.. Bila ada masalah, yang paling risau.... Mak..  Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Mak.. Yang selalu  masak makanan kegemaranku.... Mak.. kalau balik ke kampung, yang  selalu bekalkan ulam & lauk pauk..... Mak.. Yang selalu simpan  dan kemaskan barang-barang aku.... Mak.. Yang selalu berleter kat  aku... Mak.. Yang selalu puji aku.... Mak.. Yang selalu nasihat  aku...... Mak.. Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan  rujuk..... Mak.. Aku ada pasangan hidup sendiri.... Bila  seronok, aku cari.... Pasanganku.. Bila sedih, aku cari..... Mak..  Bila berjaya, aku ceritakan pada.... Pasanganku.. Bila gagal, aku  ceritakan pada.... Mak.. Bila bahagia, aku peluk  erat....Pasanganku.. Bila berduka, aku peluk erat.... Emakku..  Bila nak bercuti, aku bawa.... Pasanganku.. Bila sibuk, aku hantar  anak ke rumah.... Mak.. Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada  Pasanganku.. Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan “Selamat  Hari Ibu” Selalu... Aku ingat pasanganku Selalu.. Mak ingat kat  aku Bila-bila.... Aku akan talipon pasanganku Entah bila... aku  nak talipon mak.. Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku  Entah bila.... aku nak belikan hadiah untuk emak
 
Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim  wang untuk mak?
"Mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit  sebulan pun cukuplah".
Berderai air mata jika kita  mendengarnya..........
Tapi kalau mak sudah tiada..... .....
"MAKKKKK...RINDU MAK..... RINDU SANGAT....!!"
Berapa  ramai yang sanggup menyuapkan ibunya......
Berapa ramai yang sanggup  mencuci muntah ibunya......
Berapa ramai yang sanggup mengantikan  lampin ibunya.....
Berapa ramai yang sanggup membersihkan najis  ibunya.......
Berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan  membersihkan luka kudis ibunya....
Berapa ramai yang sanggup  berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....
Dan akhir sekali berapa  ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya.......
Seorang anak  mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur  lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera  mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si  anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:
1) Tolong pergi  kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong  buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00
Selesai membaca, si ibu tersenyum  memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu  mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.
1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos  berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang  menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana  bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian,  dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku -  PERCUMA
Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang  dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,
"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis  "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.
                                            Related Posts : 
                                          
anak
                                              ,
                                            
kasih ibu
 
 
 
 
 
