SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , , , » Eksperimen mercun : Hilang 4 Jari

Eksperimen mercun : Hilang 4 Jari




Gara-gara ingin melakukan eksperimen bagaikan seorang saintis, seorang murid tahun enam hilang empat jari tangan kiri selepas mercun buatan sendirinya
tiba-tiba meletup.
Dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 pagi semalam, Wan Mohd. Zakuan Wan Zadrim, 12, yang tinggal sendirian di rumahnya di Kampung Dalam Rhu, Tumpat cuba menghasilkan mercun buatan sendiri.
Ketika itu, ibunya, Saerah Samad, 42, keluar bekerja.
Menurut Wan Zakuan, ketika kejadian, dia cuba membuat mercun dengan menggunakan besi antena televisyen dan belerang.

 duit raya buat korang yang selalu lepak : SINI
 Iklan baru daripada PETRONAS : SINI
 
raya dengan penyampai Radio ERA : SINI


“Saya tengok ada budak yang buat mercun macam itu, sebab itu saya cuba. Saya potong antena dan masukkan belerang ke dalamnya.
“Belerang tersebut saya dapat dari mercun ketupat dan bunga api. Saya isi belerang di dalam antena yang dipotong dan ketika saya cuba mengetuk kedua-dua hujung besi antena itu, tiba-tiba ia meletup,” katanya ketika ditemui semalam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir