"Seramai 100,357 peneroka atau 89.1 peratus yang bersama Felda akan menerima RM400 seorang dan ini melibatkan peruntukan berjumlah
RM40.14 juta."Seramai 12,278 atau 10.9 peratus peneroka lagi yang tidak bersama Felda pula menerima RM200 tiap seorang melibatkan peruntukan berjumlah RM2.46 juta," katanya.
Pemberian wang Hari Raya kepada peneroka dilaksanakan sejak 2003.
Najib berkata, bayaran tahun ini meningkat RM5.41 juta atau 14.54 peratus berbanding bayaran tahun 2010 iaitu RM37.20 juta.
Pada tahun lalu, peneroka yang bersama Felda atau yang menjual hasil kepada Felda menerima RM350 seorang, manakala yang tidak bersama Felda RM150 seorang.
Menurut beliau, bayaran akan dibuat kepada semua peneroka dalam minggu kedua bulan Ramadan dan dibayar di peringkat rancangan Felda seluruh negara.
Nak duit raya jugak???klik