SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , , » Up Trafik dengan Cara Mudah....

Up Trafik dengan Cara Mudah....

Pertama:
Gunakan URL yang paling mudah diingati dan ringkas.
Janganlah korang letak URL blog macam ini.'jommakantempecicahsoscili.blogspot.com".Tak ke panjang nak mati serta pelik sangat URL blog korang tu.Kalau boleh make it simple,senang nak ingat serta tak payah lidah berbelit nak sbeut URL korang.Contohnya,URL aku euphoriaxia.blogspot.com.Okay,sila sebut dengan satu nafas.Tak ke berbelit lidah korang.Jangan nanti jadi bercabang sudah.Ish ish ish.Gua pun ikut langkah ini.URL blog gua dulu 'sayangalamsekitar.blogspot.com'.Panjang gila kan?

Kedua:
Gunakan template yang menarik,background yang sedap mata memandang,lagi sedap bahu memikul
Okayh.Haaa,tang ini susah sikit.Sebab apa gua cakap macam itu?Sebab lain mata lain citarasa.Kalau bagi korang template korang paling cun,paling terbaik dari ladang,adakah gua akan berfikiran sama.Jika ya,kita serupa.Eh bukan,kalau nak buat template,pilih yang okayh sikit.Biasanya guna template yang plain untuk ruangan entri.So,tak ada lah kelam kabut masa membaca.Kalau boleh warna tak payah lah terang sangat,malap sangat.Untuk selamat,pilih gandingan warna putih dan juga apa sahaja kaler.Sure selamat dan hati pembaca gembira.

Ketiga:
Gunakan teknik SEO.
Haaa,ini yang paling sukar nak dibuat.Bukan apa,teknik SEO ini merupakan teknik yang perlu korang pelajari.Gua masih belum mencuba teknik ini.Sebab apa?Rasa macam susah nak buat,susah nak follow arahan dia.Lagipun,nak belajar benda alah ini pun kena bayar.Cisss,mata duitan sungguh.So,alternatif dia korang boleh gunakan hot keyword search yang mantap dan jitu dari google.Kan sekarang tengah hot keyword 'Hanis Zalikha",so apalagi,sila-sila buat entri puji memuji Hanis Zalikha kat blog korang semua.So,jimat dan senang.Lagi satu,ada certain template yang memang mesra SEO.Eh,SEO tu apa?Jap eh.Search Engine Optimization
Tak ada ke google versi hari raya?
Merdeka?


Keempat:
Rajinkan diri blogwalking.
Okay.Walaupun benda ini agak penat dan sangat memenatkan untuk dibuat,namun cara ini amat berbaloi.Dengan hanya menyampuk,mencapab di Shoutmix blog orang,korang semua mampu mendapat Unique Visitor yang banyak.Apa itu Unique Visitor?Kalau yang sudah join Nuffnang,tahulah eh.Kalau nak tahu,gua pun buat cara ini.Bets juga dapat membaca blog orang,tengok hasil tulisan dorang dan sebagainya.

Tak banyak.Tapi gembira melihat angka ini.
Gua blogger tak femes.


Kelima:
Aktifkan dirimu.
Setakat yang gua tahu,terdapat banyak group blogger yang wujud setakat nih.Bukan setakat Geng Blogger,Selangorblogger,Nuffnang,entah apa lagi...So masa inilah yang paling tepat untuk korang pingkan entri terbaru korang.Jangan lupa berbual,bergurau senda dengan para blogger lain yang join group tu.Jangan sombong,jangan riak,jangan takbur.Hehehe.Jangan lupa join group-group nih semua.

Antara tenpat ping entry yang gua selalu guna.
Ini namanya Innit Nuffnang.
Jangan lupa nanged tau.Hehehhe


Keenam:
Entri terbaik,terbaru,terbest dari ladang!
Kalau nak mendapat trafik best,jangan lupa buat entry yang best.Bukan gosip murahan,cuba buat sesuatu yang lain daripada lain.Macam mana tuh?Lain orang lain fikiran.So pandai-pandai fikirkan okayh.Selamat berjaya dalam arena blogging buat semua.:)Contoh entri terbaik?Pandai-pandai fikir.Mostly guna keyword or tajuk yang related to Nuffnang,Buffered earning dan sebagainya.:)

Ini sahaja merupakan tips dari gua.Mesti ada suara sumbang kata"alah blog kau bukan ramai sangat orang usha pun.Glamer pun tidak.Bajet je lebih".But thanks bagi suara tersebut.Kerana at least gua tahu dimana tempat gua berada.Kata orang langit tak selalu cerah,awan tak selalu kelabu.


Sumber : SINI
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir