SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , , » Main pedang lagi...kan dah tertusuk kepala sendiri

Main pedang lagi...kan dah tertusuk kepala sendiri


Para doktor di China telah berjaya membedah seorang remaja 15 tahun bagi mengeluarkan pedang 20 inci yang
tertusuk di kepalanya.
Zhang Bin berkata bahawa dia telah mengajak rakan-rakannya untuk ke rumahnya dan salah seorang daripada mereka telah membawa sebilah pedang Jepun.

http://mynewshub.my/bm/files/2011/07/pedang-dalam-kepala.jpg
Ketika mereka sedang bermain dengan pedang tersebut, ianya terlepas dan tertikam Zhang di bahagian antara matanya, menusuk sekurang-kurangnya dua inci di bahagian dahi.
“Tiga rakan sekelas datang ke rumah saya. Ketika itu, rakan saya yang sedang bermain dengan pedang tersebut adalah 10 kaki dari saya. Saya tidak tahu bagaimana ianya berlaku. Secara tiba-tiba, saya terasa sakit dan darah mula keluar dan mengalir ke muka saya,” kata Zhang.
Dia kemudiannya dibawa ke hospital berdekatan, tetapi doktor berkata bahawa dia tidak tahu bagaimana untuk mengalihkan pedang tersebut. Zhang kemudiannya dihantar ke hospital di Changsha, perjalanan yang mengambil masa empat jam.
Di sana, pedang itu berjaya dialihkan dan Zhang dijangka pulih tidak lama lagi. “Dia bernasib baik kerana pedang tersebut tidak merosakkan arteri di bahagian tengkorak ataupun mana-mana saraf, jika tidak, nasib Zhang mungkin jauh lebih berbeza berbanding sekarang,” kata salah seorang daripada pakar bedah kepada pihak media China.

p/s : elakkan anak anda daripada bermain dengan benda tajam..bahaya
Rahsia Usain Bolt boleh jadi pelari terlaju dunia...terbongkar
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir