SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , , , , » Larangan Pusat Hiburan Beroperasi Ramadan : Kedah

Larangan Pusat Hiburan Beroperasi Ramadan : Kedah

 Baguslah larangan ni...Bulan Ramadan kita hormat sebab ianya bulan rahmat..tapi ade je yang tak puas hati....saje je kan...biaselah bila kebaikan nak wujud pasti ada je
yang nak menghalang...kepada kerajaan Kedah..teruskan usaha murni dan mulia itu....
Pemimpin tertinggi PAS berkata kerajaan Kedah pimpinan parti itu akan memaklumkan Jawatankuasa pusat parti esok mengenai keputusan melarang pusat-pusat hiburan beroperasi semasa Ramadan.
Kedah: Larangan Pusat Hiburan Beroperasi RamadanSetiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak, yang juga Anggota Jawatankuasa Pas Pusat telah diminta memberikan penjelasan mengenai perkara itu.
“Ia merupakan mesyuarat biasa bulanan jawatankuasa Pas pusat tetapi sejak isu ini menjadi perhatian, kita memutuskan untuk meminta Kedah memberikan taklimat penuh berhubung perkara itu.
“Bagaimanapun, beliau (Azizan) tidak dapat melakukannya kerana mempunyai komitmen yang lebih awal. Sebaliknya beliau akan menghantar seorang wakil untuk menjelaskan isu itu,” katanya ketika dihubungi.
Kerajaan negeri mengumumkan pada Rabu berhubung keputusannya menguatkuasakan larangan kepada pusat-pusat hiburan termasuk pusat karaoke dan disko beroperasi sepanjang Ramadan mengikut Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997.
Bagaimanapun, keputusan itu dikecam pelbagai pihak terutama parti politik seperti MCA dan Gerakan.
Malah, rakan pakatan pembangkang, DAP meminta kerajaan Kedah pimpinan Pas supaya membatalkan pelaksanaan larangan ke atas 13 jenis hiburan semasa bulan Ramadan.
Pemuda Gerakan Kedah juga mengancam mengambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan negeri Kedah jika ia gagal menarik balik larangan ke atas pusat-pusat hiburan untuk beroperasi di negeri itu dalam tempoh seminggu.
Bagaimanapun, Mustafa berkata kepimpinan parti hanya akan memberikan reaksi berhubung perkara itu selepas mendapatkan penjelasan semasa mesyuarat itu yang akan diadakan di ibu pejabat parti
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir