dengan empat kaki.
Menurut rancangan dokumentari National Geographic, spesis ini dikatakan mempunyai hubung kait dengan spesis kelawar yang hidup 20 juta tahun silam di wilayah Australia. Penyelidikan itu diketuai oleh penyelidik antarabangsa iaitu Dr. Suzanne Hand, pakar kelawar di University of New South Wales, Sydney.
Selain daripada kelawar pontianak (Desmodus rotundus) di Amerika, kelawar yang dijumpai di New Zealand itu juga telah disenaraikan sebagai spesis kelawar yang boleh berjalan dengan empat kaki berbanding daripada 1100 spesis kelawar di seluruh dunia yang telah diketahui. Kelawar ini menggunakan sayapnya sebagai kaki untuk berjalan.Kumpulan itu mendapati, adaptasi otot dan tulang milik kelawar ini adalah mirip dengan fosil kelawar yang dijumpai di Australia.”Kelawar berekor pendek itu merupakan satu-satunya spesis yang terselamat dari kumpulan moyang mereka yang berasal dari Australia dan kini hanya boleh ditemui di New Zealand,” kata Dr. Hand.
Penemuaan ini sekaligus telah menentang resam kelawar tidak pernah ditemui di atas tanah untuk tujuan memburu atas faktor persaingan dan masalah pemangsa lain yang boleh mengancam nyawa mereka. Tiada sebarang bukti yang menunjukkan kemampuan kelawar ini untuk terbang akan menurun hanya kerana mereka hidup di kepulauan yang terpencil” tambah Dr. Hand.
Kelawar ini akan merayap pada tanah di kawasan hutan yang tebal untuk memburu serangga sebagai menu makanannya.
proton saga baru...FLX,,,terbaik untuk raya tahun ni
<a target="_blank" href=" http://says.my/zubir_othman/proton-saga-cvt"><img style="width: 300px; height: 200px;" alt="ads" src="http://ys-production.s3.amazonaws.com/campaigns/1415/photos/profile/1.png?1311737347"0" /></a>