SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » » Dah aman semula...Syukurlah

Dah aman semula...Syukurlah


Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, keadaan di ibu negara sudah kembali aman kira-kira pukul 5 petang tadi selepas kumpulan yang menyertai perhimpunan haram Bersih 2.0 bersurai.
Beliau berkata, sepanjang perhimpunan itu, polis telah menahan
1,401 individu terdiri daripada 1,273 lelaki, 115 wanita dan 13 kanak-kanak.
Bagaimanapun, katanya, polis masih memantau keadaan di sekitar ibu kota  sebelum membuka sekatan-sekatan jalan bagi memastikan mereka yang menyertai perhimpunan itu tidak kembali berkumpul.
“Saya sudah mengarahkan Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh  untuk membuat pemantauan bagi pastikan crowd (peserta perhimpunan) tidak datang balik. Selepas pemantauan mendapati keadaan adalah memuaskan, barulah kita akan buka sekatan.
Keadaan Di Ibu KOta Kembali Aman - KPN“Kalau boleh sekarang juga saya nak buka sekatan jalan tetapi kita kena pantau hingga semuanya betul-betul selesai,” katanya pada sidang media di Bukit Aman di sini, hari ini

Ismail berkata, kira-kira 6,000 orang telah menyertai perhimpunan haram itu yang berkumpul di dua lokasi iaitu Puduraya dan di luar Stadium Merdeka.
“Mereka mula berkumpul sebelum pukul 2 petang di dua lokasi ini sebelum cuba berarak ke arah Dataran Merdeka sebelum dinasihatkan oleh polis supaya bersurai,” katanya.
Bagaimanapun katanya nasihat polis itu tidak dihiraukan menyebabkan polis tidak mempunyai pilihan dan terpaksa melepaskan gas pemedih mata dan semburan air.
Mengenai mereka yang ditahan, Ismail berkata, polis menyediakan tempat tahanan di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di sini dan mereka diberikan layanan baik termasuk makanan dan rawatan bagi mereka yang sakit.
Katanya mereka yang ditahan juga akan disiasat secepat mungkin dan akan dibebaskan sebaik siasatan selesai bergantung kepada kes.
Polis bagaimanapun belum dapat memastikan jumlah mereka yang cedera di dalam kejadian berkenaan, katanya.
Beliau berkata kebanyakan peserta yang menyertai perhimpunan itu dikenal pasti datang daripada luar Kuala Lumpur termasuk dari Pantai Timur.
Dalam pada itu Ismail berkata, beliau kesal perhimpunan yang dikatakan bertujuan mendesak pilihan raya yang bersih itu diselit elemen reformasi.
“Dalam tinjauan polis kita dapati ada yang menjerit ‘reformasi’. Kenapa jerit ‘reformasi’ seolah-olah hendak ulang balik perhimpunan tahun 2000, sedangkan kata hendak menuntut pilihan raya yang bersih?,” katanya.

Mengenai laporan bahawa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikatakan cedera setelah terkena gas pemedih mata, Ismail berkata, beliau tidak pasti kerana Anwar tidak berada di kedua-dua lokasi demonstrasi itu berlangsung.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir