SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , » Meh Aku Belanja "Bir Halal"

Meh Aku Belanja "Bir Halal"


Keputusan berkenaan isu ‘bir halal’ hanya akan dibuat oleh Majlis Fatwa Kebangsaan, kata Ketua Penolong Pengarah Bahagian Dakwah Jakim Mat Ali Sarbini.
Beliau berkata sehinggalah Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan fatwa
mengenainya, bir berkenaan itu adalah haram untuk diminum oleh umat Islam.

diragui kehalalannya...elakkan


Beliau berkata pada masa ini sampel bir berkenaan masih berada di makmal-makmal universiti tempatan untuk dikaji perincian kandungannya termasuk alkohol.
“(Keputusan) belum (ada) lagi. Masih dalam peringkat penyelidikan. Oleh kerana makmal ini mempunyai giliran-gilirannya, jadi banyak benda-benda yang perlu diberikan keputusan yang menjadi perhatian,” katanya kepada Bernama.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mewakili Ketua Pengarah JAKIM Othman Mustapha merasmikan mesyuarat agung Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS) kali ke-16 di Kompleks Persatuan Orang Buta Malaysia (MAB) di Brickfields hari ini.
Isu bir halal timbul sejak 28 Mei lalu selepas akhbar melaporkan penjualan bir berkenaan di pasaran semakin popular di kalangan umat Islam di negeri Johor dan penjualannya dikesan oleh Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ).
Pada 29 Mei lepas, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dilaporkan berkata umat Islam tidak dibenarkan meminum bir berkenaan kerana kandungan alkohol bir berkenaan sebanyak 0.5 peratus iaitu melebihi paras alkohol yang dibenarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan iaitu 0.01 peratus.
Minuman yang diimport dari sebuah negara Islam di Timur Tengah itu banyak terdapat di kafe-kafe di negara ini dan dijual antara RM3 hingga RM5 sebotol.


c.z : elakkan lah minum disebabkan kita tak pasti halal atau haram....nanti tak diterima amal amal kita...

jom sertai
Segmen : Pencarian Mega Bloglist
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir