SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , » Lady Gaga Gelapkan Dana..Kena Saman

Lady Gaga Gelapkan Dana..Kena Saman




Penyanyi yang terkenal dengan gaya pelik, Lady Gaga disaman lebih AS$4.79 juta (RM14.64 juta) selepas dia dituduh menggelapkan dana yang diwujudkan bagi membantu mangsa-mangsa gempa bumi di Jepun, lapor sebuah akhbar semalam.

Penyanyi tersebut menjual gelang tangan getah yang
berharga AS$4.95 (RM15.13) bagi mengutip dana untuk mangsa-mangsa tsunami di Jepun.
Namun dia didakwa menggelapkan wang kutipan tersebut yang disumbangkan oleh para peminatnya dengan tidak memberi semua hasil jualan kepada mangsa-mangsa bencana tsunami dan gempa bumi di Jepun.

Sebuah firma guaman di Detroit, Michigan, Amerka Syarikat (AS) telah memfailkan tuntutan ke atas penyanyi itu beberapa jam sebelum dia membuat persembahan untuk membantu mangsa-mangsa tsunami pada hujung minggu lalu.
Alyson Oliver yang memfailkan saman tersebut di sebuah mahkamah persekutuan berkata: "Apabila anda menggunakan kuasa selebriti dan pengaruh sebagai ahli muzik untuk mengambil wang daripada orang ramai dengan menggunakan alasan yang salah, ia merupakan perbuatan yang salah." 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir