SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , » Bertuah Punya Budak...

Bertuah Punya Budak...


abaikan gambar yang tidak kena mengena ini

Seramai 353 pelajar cemerlang ditawarkan biasiswa untuk melanjutkan pelajaran melalui Program Penajaan Pendidikan Petronas (PESP) tahun ini.

Naib Presiden Pengurusan Sumber Manusia Petronas Juniwati Rahmat Hussin
berkata sejumlah 128 lepasan Sijil Pelajaran Malaysia akan mengikuti program di luar negara, manakala bakinya di Universiti Teknologi Petronas (UTP) dan sebanyak RM170 juta diperuntuk bagi membiayai semua pelajar terbabit.
Beliau berkata sejak pelaksanaan PESP 36 tahun lepas, kira-kira 20,000 pelajar mendapat manfaat dan Petronas pula secara kumulatif memperuntukkan lebih RM2.5 bilion bagi tujuan itu.
“Bagi tahun ini sahaja, hanya 1,000 disenarai pendek untuk menghadiri proses pemilihan, dikenali sebagai Petronas EduQuest Camp.
“Ia dilaksanakan di tiga venue berasingan iaitu di kampus UTP, Universiti Malaysia Sarawak, Kuching dan Kompleks Tabung Haji Kota Kinabalu pada 17 hingga 25 April lalu,” katanya selepas majlis penyampaian biasiswa berkenaan di UTP.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir