SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » » Tips Jana Pendapatan Churp-Churp

Tips Jana Pendapatan Churp-Churp

Assalam semua...amacam sekarang dengan pendapatan churp-churp anda???
c.z adelah dapat sikit...adelah jugak daripada tak de langsung...hehehe

alhamdulillah...sini c.z nak share beberapa soalan yang boleh bantu korang
jana lebih banyak pendapatan dengan Churp-Churp nih
sekadar berkongsi sahaja...bukan pandai sangat pun
Jom Baca lagi
Soalan Pertama...
  1. Bagaimanakah ChurpChurp berfungsi?
    ChurpChurp adalah sosial media bersepadu utama yang memberi gelaran ‘Pengaruh’ kepada anda semasa berkongsi. Anda akan menerima notis kempen dari masa ke masa.
    Pada dasarnya ada tiga jenis Churps yang utama disediakan iaitu:
    • a. Social Sharing

      Terdapat arahan kempen terpapar untuk anda menyertai-nya dari masa ke masa. Pilih kempen yang anda ingin berkongsi kepada rakan-rakan dan pengikut-pengikut anda dan dapatkan ganjaran daripada klik mereka.
    • b. Scheduled (User-generated) Tweets

      Jika anda dipilih untuk satu kempen anda akan menerima arahan mengarang terhadap tugas baru tersebut dengan kata kunci yang diperlukan. Tweets anda akan dipaparkan pada jadual yang ditetapkan dan ganjaran akan dikreditkan ke akaun anda selepas itu.
    • c. Social Seeding

      Jika anda dipilih untuk satu kempen anda akan menerima arahan mengarang terhadap tugas baru tersebut di pelantaran yang dipilih melalui e-mel.
  2. Bagaimanakah saya dapat menerima tugasan?
    Kempen Social Sharing tersedia dalam akaun anda dari masa ke masa. Menyambungkan akaun Twitter dan/atau Facebook untuk memaksimumkan ganjaran anda. Selepas pengesahan, anda akan menerima link pengaktifan di email anda. Klik pada ikon Twitter dan Facebook yang berapa di bawah "Log Keluar" akaun anda. Ini akan membawa anda ke akaun Twitter dan/atau Facebook anda dan anda mesti memberi akses kepada-nya untuk menerima tugasan yang menarik! 
  3. Adakah saya akan terus mendapat kempen Scheduled Tweets dan Social Sharing?
    Ini memakan masa dari beberapa hari sampai seminggu sebelum anda dipilih untuk kempen, ia berdasarkan kepada kuota kempen dan syarat-syarat demografi. Jika anda hanya ditugaskan untuk Scheduled Tweets, tab Seeding tidak akan kelihatan oleh anda begitu juga degan sebaliknya. Jika anda ditugaskan untuk kedua-dua jenis kempen dalam masa yang sama, maka anda dapat melihat kedua-dua tab.
  4. Jadi, anda akan memberi ganjaran untuk saya berkongsi?
    Ya! Menyambungkan akaun Facebook dan Twitter dalam laman akaun anda dan anda boleh menerima pelbagai kempen sosial media dari kami! Mudahnya!
  5. Apakah yang perlu saya buat?
    Hanya 3 langkah asas yang anda perlu ikuti untuk mula mendapatkan ganjaran:
    • 1. Daftar dengan kami.
    • 2. Sentiasa menyemak Kempen Social Sharing terkini anda untuk mula berkongsi! Kedua, anda boleh memberikan akses kepada Twitter.com dan Facebook.com supaya kami boleh menugaskan Churp kepada anda. Nota: kami tidak akan menyimpan kata laluan Twitter.com dan Facebook.com anda.
    • 3. Pilih cita rasa anda akan tugasan yang berkaitan dengan alkohol/tembakau, dan laman akaun anda untuk Scheduled Tweets.
  6. Adakah saya akan mendapatkan tugas rawak untuk Scheduled Tweets dan Social Seeding?
    Churps kami akan disasarkan kepada pengguna dimana isi Churps kami selaras dengan isi Twitter dan Facebook pengguna tersebut dan demografi yang disasarkan supaya ia muncul relevan kepada pengikut-pengikut atau rakan-rakan anda serta meminimumkan kejanggalan Churps yang dihasilkan atau kempen yang ditugaskan kepada anda. Dengan kata lain, kami akan menugaskan kempen yang mirip dengan tweets biasa anda dan sesuai untuk pengikut dan jenis rakan-rakan anda.
  7. Berapa kerapkah saya akan menerima assignement?
    Ingat nisbah tetapan maksimum iklan yang kami sebutkan di atas? Di sanalah anda boleh menentukan seberapa kerapnya Churps anda ditugaskan kepada anda yang boleh diposkan. Anda boleh memilih satu Churp seminggu atau memaksimumkan nisbah iklan anda ke Tiada Had. Ini akan membolehkan kami untuk menghantar tugasan sekerap mungkin dengan estimasi sistem yang sesuai.
  8. Adakah anda membuat posting secara automatik atas nama anda di Facebook saya?
    Tidak, kami tidak akan. Kami hanya menugaskan anda pada kempen yang menghendaki anda untuk menerbitkan iklan secara manual pada profil Facebook anda. Proses posting adalah dalam kawalan sepenuh anda.
  9. Adakah ChurpChurp terhad pada salah satu lokasi?
    ChurpChurp terbuka untuk pendaftaran untuk para penggemar media sosial dari Malaysia , Singapura , dan Filipina saja untuk masa sekarang.
  10. Apakah syarat-syarat untuk menyertai ChurpChurp?
    Apa yang anda perlukan adalah salah satu Twitter atau Facebook akaun yang aktif untuk mendaftar dengan kami.
  11. Berapakah ganjaran yang akan saya terima?
    Ganjaran yang dikreditkan ke akaun ChurpChurp anda berubah-ubah bergantung pada kempen. Untuk kempen Social Sharing, ganjaran mungkin berubah-ubah dari jenis kempen dan pendapatan didasarkan pada jumlah klik. Kredit untuk Tweets Berjadual dan Kempen Penyemaian anda berdasarkan pada jumlah pengikut dan rakan yang anda miliki.
  12. Bilakah saya akan menerima ganjaran?
    Anda boleh menyemak ganjaran anda melalui laman akaun ChurpChurp anda sebaik sahaja setelah menerima dan menghantar Churps. Minimum RM100 / SGD100 / PhP2, 000 diperlukan sebelum anda boleh menunaikan ganjaran anda dengan ChurpChurp. Kami akan memproses bayaran 30 hari selepas akhir bulan apabila anda menunaikan ganjaran.
  13. Adakah ChurpChurp mempunyai kaitan dengan Twitter dan Facebook?
    ChurpChurp.com tidak mempunyai kaitan sama sekali dengan Twitter Inc dan Facebook.com.
  14. Bagaimanakah caranya untuk menambah penafian kepada Scheduled Tweets saya?
    Apa yang anda harus lakukan adalah log masuk ke akaun ChurpChurp anda dan klik "Laman Akaun" di laman ini untuk mengedit nota anda sebagai penyataan iklan lalu menghantarkan-nya. e.g : [iklan] / [churp]
  15. Bagaimanakah caranya untuk berhenti dari ChurpChurp?
    Bila anda mula sahaja, anda tidak boleh berhenti! Ok kami hanya bergurau. Klik pada "Berhenti" butang pada laman akaun anda dan kami akan berhenti menugaskan Churps kepada anda. Untuk meneruskan iklan, tekan butang "Langsuangkan" dan kita akan tahu apa yang harus dilakukan!
  16. Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya saya mempunyai lebih soalan mengenai ChurpChurp?
    Hubungi kami di http://help.churpchurp.com. Kami akan menghubungi anda secepat mungkin
 
 
Sumber : ChurpChurp
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir