SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , » Movie puaka Istana Billah

Movie puaka Istana Billah

PENUNGGU Istana akan menemui penonton di pawagam, 21 April ini.


GENRE seram barangkali satu alternatif terbaik untuk memancing penonton ke pawagam. Bukan sebagai jalan pintas tetapi genre seram merupakan satu percaturan yang bijak.
Adaptasikan sahaja genre itu dalam genre komedi, pasti ia menjadi naskhah komedi seram. Adunan elemen sama dalam genre drama mahupun suspen pasti menjadikan ia suspen seram atau drama suspen. Hasilnya, sebusuk manapun filem genre seram atau hantu itu, ia pasti mencuit perasaan penonton.
Selepas filem-filem seram seperti Ngangkung, Khurafat, Hantu Kak Limah Balik Rumah, Di Larang Masuk dan Senjakala, sinema tempatan tahun ini akan menemukan penontonnya kepada sebuah lagi filem seram yang sedikit lari daripada genre semasa.
Penunggu Istana disebut-sebut sebagai filem seram paranormal pertama di Malaysia, ia bukanlah filem pertama yang diterbitkan Primeworks Studios yang pernah bekerjasama dengan Skop Productions menerusi Khurafat arahan Syamsul Yusof. Berbeza dengan filem seram lain, Penunggu Istana dihasilkan berdasarkan penemuan sebuah pita rakaman yang mengandungi kejadian paranormal di sebuah rumah tinggalan yang dikenali sebagai Istana Billah.
Boleh dikategorikan sebagai filem dokumentari, Penunggu Istana memaparkan kisah benar pencarian kumpulan paranormal The Seekers Team yang menjejaki misteri istana tua yang terbiar di Perak, Istana Billah.
Pada Februari 2009, krew sebuah produksi televisyen yang menjalani penggambaran untuk siri drama Warkah Terakhir mengalami satu pengalaman yang ngeri dan dahsyat di istana itu. Rentetan itu, kumpulan Seekers membuat keputusan untuk kembali ke tempat misteri tersebut bagi menyiasat perkara sebenar. Bekerjasama dengan pengarah drama Warkah Terakhir, Wan Hasliza, mereka bermalam di istana berkenaan selama tujuh malam berturut-turut.
SEPASUKAN pelajar (dari kiri belakang) Sara Ali, Nadzirah Ahmad Nadzri, Mustaqim Mohamed Zaki manakala barisan depan dari kanan, Nor Zafirah Abd. Rahim dan Amar Asyraf.


Kumpulan itu akhirnya menyedari bahawa mereka tidak bersendirian bahkan ditemani oleh penunggu sejak hari pertama tiba.
Aktiviti paranormal yang berlaku di Istana Billah bukan saja menjadi buah mulut orang kampung tetapi turut diakui sendiri oleh kru Warkah Terakhir yang pernah menjalani penggambaran di sana sebelum ini.
Misteri Istana berpuaka berusia lebih 100 tahun itu akan dikongsikan dengan penonton Malaysia mulai 21 April ini.
Pengurus Besar Filem dan Drama Primeworks Studios, Tengku Iesta Tengku Alaudin berkata, Penunggu Istana memaparkan rangkuman rakaman video yang dirakamkan lima pelajar dengan bantuan ahli kumpulan pencari aktiviti paranormal, Seekers.
Ditayangkan selama 90 minit, filem ini adalah cantuman daripada pita rakaman terakhir yang membuat kajian aktiviti paranormal di istana itu.
Kajian lima pelajar itu akan dipaparkan sebagai sebuah dokumentari berdasarkan jurnal video yang diperoleh mereka sendiri. Cantuman rakaman sepanjang 15 hari itulah yang difilemkan bagi mencari jawapan terhadap kejadian yang mengerikan.
Filem itu turut mendapat kerjasama daripada pengarah Warkah Terakhir, Wan Hasliza.
Selama tujuh hari mereka bermalam di istana itu, segala bukti kewujudan makhluk ghaib dan tragedi yang berlaku sepanjang penyiasatan itu dirakamkan sendiri oleh mereka.
Individu yang lemah semangat atau mudah terkejut, berfikirlah dahulu sebelum menonton filem berkenaan kerana ia bukan rekaan semata-mata.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir