SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , » Masam Muka Macam Budak-Budak

Masam Muka Macam Budak-Budak

Masam Muka Macam Budak-Budak....

Iqram Dinzly, 30, menganggap gosip yang mendakwa dia tidak bertegur sapa dan bermasam muka dengan pelakon baru Arja Lee, 27, gara-gara kegagalannya memainkan watak Ruby dalam filem ... Dalam Botol (DB) berniat untuk mengeruhkan hubungan mereka.

Iqram yang menyifatkan gosip itu sebagai sesuatu yang lucu dan 'kebudak-budakan' berkata, dia tidak pernah bermusuh atau bermasam muka dengan Arja yang sudah lama dikenalinya.
"Gosip itu mengarut dan tidak berasas. Mungkin tidak keterlaluan jika saya katakan ia sebagai kelakar dan kebudak-budakan.
"Saya tidak pernah bermusuh dengan sesiapa atau Arja Lee sekalipun. Saya sendiri sudah mengenali Arja sejak dia belum bergelar pelakon lagi.
"Sebenarnya, tiada isu pun yang patut dibangkitkan kerana dakwaan sebegitu tidak berlaku," katanya yang dihubungi mStar Online, Isnin.
Mengulas dakwaan kononnya dia bermasam muka dengan Arja kerana gagal membintangi filem tersebut, Iqram berkata: "Memang saya menghadiri uji bakat filem itu tetapi apabila tidak berjaya saya tidak kisah dan terima dengan hati terbuka.
"Kebetulan pula, ayah saya juga tidak merestui saya memainkan watak itu, jadi tidak ada sebab saya perlu bermasam muka apabila tidak mendapat watak berkenaan.
"Gosip itu seolah-olah menggambarkan saya begitu terdesak untuk berlakon filem DB dan tidak berpuas hati apabila Arja mendapat peluang itu."
 
Arja Lee (kiri) dan Wan Raja yang berpasangan sebagai kekasih sejenis dalam filem ... Dalam Botol.
Enggan mengeruhkan keadaan, Iqram bagaimanapun memohon agar mana-mana pihak tidak mencetuskan kontroversi menerusi penyebaran gosip remeh-temeh sebegini.
"Saya berharap agar isu remeh-temeh sebegini tidak diperbesarkan semata-mata untuk mencetuskan kontroversi atau memburukkan reputasi saya.
"Sepanjang enam tahun berkecimpung dalam bidang ini, saya begitu peka dan menjaga tingkah-laku agar tidak menyinggung mana-mana pihak apatah lagi untuk bermusuh dengan orang.
"Janganlah kerana hal begini, nama saya tercalar dan dianggap tidak profesional pula," katanya mengakhiri perbualan.
Isu berkenaan tercetus apabila sebuah akhbar mingguan Ahad lalu menerusi ruangan pojok melaporkan Iqram Dinzly dikatakan tidak bertegur sapa dengan Arja Lee ketika acara “post party” selepas Anugerah Bintang Popular (ABP) yang diadakan di Genting Highlands, Pahang pada 3 April lalu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir