Di satu sudut katil..jejaka 23 tahun,berkulit sawo matang dan berambut lurus, Putera terbaring....memikirkan bagaimana untuk dia memujuk Cinta...insan yang dikenalinya melalui Yahoo Messengger. Entah kenapa hari ini, Cinta berkelakuan bukan seperti biasa. ada sja eyang tidak kena di hatinya. Ada saja isu yang hendak ditimbulkan oleh Cinta. "Bagaimana aku nak buat?" dia masih memikirkan jalan. untuk memujuk insan yang disayanginya, insan keempat yang disayanginya setelah ibu,serta dua orang kakaknya.
Sambil berbaring, Putera terus mendail nombor untuk mendapatkan Cinta. di skrin telefon bimbit Putera tertera nama Cinta...panggilan demi panggilan terus dilakukan..namun yang kedengaran hanyalah bunyi Tut..Tut..Tut..Masa terus bersilih ganti..dari masa ke semasa Putera cuba menghubungi Cinta namun usahanya gagal. sambil menghubungi, dalam hatinya terus berdoa..untuk Cinta menjawab panggilan darinya.
"Aku takkan putus asa..selagi tidak dapat bercakap dengannya." bisik hati kecil Putera. Putera merupakan seorang bakal guru di sebuah Institut Pendidikan Guru yang terletak di salah sebuah negeri di Malaysia. tahun ini merupakan tahun terakhir dia menuntut di Institut Pendidikan Guru.
Tangan Putera terus menyentuh skrin telefon bimbit jenama Nokia 5800 touch screen. terus mendail nombor Cinta..tapi tetap menemui jalan kegagalan.
Perkenalan Putera dan Cinta bermula ketika mereka bersama-sama chating di Yahoo Messengger. setelah 2 tahun mengenali melalui YM dan telefon. akhirnya mereka berdua menjadi semakin rapat. Putera yang sebelum ini hanya mengganggap Cinta hanya kawan biasa sudah mula menaruh perasaan. begitu juga dengan Cinta.
Suatu hari, Putera bertekad memberitahu perasaan dan apa yang terbuku di hatinya pada Cinta...dan Cinta juga turut menyatakan perasaan yang sama. dan semenjak dari itu hubungan mereka menjadi semakin rapat...bagai isi denga kuku...Putera sentiasa mengambil berat akan diri Cinta dan begitu juga sebaliknya..
Namun sejak dua menjak ini, Putera merasakan seperti ada yang tidak kena dengan insan yang disayanginya itu, "Adakah aku ada melakukan kesilapan?" Putera bertanya kepada hatinya. setahu Putera setakat detik itu, tiada apa-apa masalah yang timbul.
Bersambung......
Adakah Cinta masih menyimpan perasaan kasih dan sayang seperti dahulu? atau
perasaan tersebut sudah lama luntur? dan
menyebabkan Cinta terus mencari salah Putera...atau
Cinta ingin menguji kasih sayang yag diberikan oleh Putera?
Mampukan perasaan sabar dalam diri Putera terus kekal.?
nantikan sambungan Kisah Kau dan Aku dalam episod ke-2