SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , » Hubungan Seksual Terbaik...18 ++

Hubungan Seksual Terbaik...18 ++

Pasangan suami isteri terutamanya yang baru berkahwin sudah tentu mengimpikan kehidupan yang lebih bahagia. Lebih-lebih lagi dalam hubungan seksual. Salah faham tentang konsep hubungan seksual tentunya akan menyulitkan keadaan.


Masih ada suami yang jahil tentang cara terbaik untuk mendekati isteri terutamanya tentang kitaran seksual wanita. Akibatnya suami tadi menjadi bosan kerana kehendaknya tidak dipenuhi. Isteri pula rasa sepi dan terasing kerana tidak diendahkan. Misalnya, ketika isteri dalam haid atau dalam pantang, suami seolah-olah menjauhkan diri daripada isteri kerana beranggapan ‘persetubuhan’ tidak boleh dilakukan. Suami jenis ini hanya ada satu tanggapan bahawa hubungan seksual itu adalah persetubuhan dan persetubuhan adalah hubungan seksual.

Jika anggapan ini berterusan, sudah pasti hubungan suami isteri menjadi renggang. Rumah tangga yang sepatutnya bermatlamatkan kebahagiaan bertukar menjadi sebaliknya. Salah faham begini sudah pasti tidak mendatangkan keuntungan. Menurut Dr. Mohd Ismail Mohd Tambi, Pakar Kesihatan Seksual dan Reproduktif, matlamat hubungan kelamin adalah untuk kehamilan. Tetapi, inilah tidaklah bermakna bahawa hubungan seksual itu akan berhenti sebaik sahaja berjaya hamil.

“Sebenarnya yang paling penting dalam hubungan seksual ini adalah sentuhan dan belaian. Hubungan seksual sendiri terbahagi kepada dua iaitu seksual penetrative yang melibatkan hubungan kelamin dan non-penetrative yang tidak melibatkan hubungan kelamin tetapi melibatkan sentuhan dan belaian,” jelas Dr. Ismail.

Berdasarkan jenis hubungan ini, katanya, terpulanglah kepada pasangan untuk menentukan cara manakah yang sesuai. Misalnya, ketika haid, memadailah dengan mengadakan hubungan secara non-penetrative. Begitu jugalah keadaannya pada peringkat awal kehamilan.

“Selepas melahirkan anak, perlu ada belaian tetapi tidak boleh sampai ke peringkat persetubuhan kerana isteri masih berada dalam pantang. Namun, semua ini bergantung kepada tahap kesihatan dan kesediaan isteri. Wanita yang baru bersalin mungkin rasa gementar untuk memulakan hubungan seksual akibat kesakitan yang dialami ketika bersalin. Ketika inilah suami perlu memainkan peranannya. Suami perlu menggunakan pendekatan TLC (tender, loving and caring) supaya hubungan seksual seterusnya berada dalam keadaan mesra dan selesa serta tidak menyakitkan,” kata Dr. Ismail.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir