SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , » Cinta Jarak Jauh???Mampukah Anda???

Cinta Jarak Jauh???Mampukah Anda???

Mencabar dan sukar. Itu ungkapan paling tepat untuk menggambarkan perhubungan cinta jarak jauh. Namun demikian, adalah tidak mustahil perhubungan sebegini dapat bertahan dan kekal lama.





Apatah lagi kini, sudah menjadi trend kebanyakan anak muda atau pasangan suami isteri menjalinkan hubungan cinta jarak jauh walaupun sudah tahu risiko yang bakal dihadapi. Apa yang pasti, perhubungan sebegini mempunyai peluang yang sama untuk berjaya seperti perhubungan cinta jarak dekat.


Pensyarah Jabatan Psikologi dan Pembangunan Manusia, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof. Madya Dr. Khaidzir Ismail memberitahu, hubungan jarak jauh ini sebenarnya, jika difikir dari sudut positif adalah lebih manis.

"Ia ibarat jauh di mata, dekat di hati. Pasangan yang terlibat akan semakin rindu antara satu sama lain kerana berjauhan rentetan timbul rasa kehilangan dan kekosongan.

"Rasa kehilangan itu ditebus dengan berutus surat, menghantar e-mel, menelefon. Tetapi bahayanya perhubungan ini adalah, jika terlalu lama berjauhan dikhuatiri kasih sayang mula pudar," katanya.

Berikut beberapa tip bagi membantu pasangan mempertahankan hubungan jarak jauh:

1) Kepercayaan dan kejujuran

Kepercayaan adalah keutamaan jika mahu perhubungan sebegini berhasil. Tanpa kepercayaan dan kejujuran hubungan akan berada dalam keadaan bahaya. Anda perlu percaya dan berserah pada takdir.

2) Komitmen

Komitmen amat penting dalam perhubungan. Jika anda dan pasangan memberikan komitmen sepenuhnya dalam perhubungan, ia akan berjaya. Faktor jauh atau dekat sama sahaja, cuma perhubungan jarak jauh lebih banyak cabarannya. Apa pun ia terpulang kepada individu.

3) Selalu berhubungan


Komunikasi amat penting. Walaupun tidak dapat berkomunikasi secara bersemuka atau secara langsung, anda dan pasangan masih boleh berhubungan dengan mengutus surat, e-mel dan menelefon.

Ia penting bagi mengelakkan pasangan mengisi kekosongan yang ada dengan mencari keseronokan dengan orang lain. Mungkin ia bermula dengan mencari teman untuk makan, bersukan atau sebagainya, namun ia mungkin akan membibitkan rasa cinta antara si dia dan teman baru.

4) Jangan letakkan banyak harapan

Setiap individu sememangnya mengimpikan perhubungan yang berakhir dengan kebahagiaan, namun jangan sekali-kali meletakkan harapan yang tinggi dalam perhubungan sebegini kerana dikhuatiri akan menyebabkan kekecewaan yang tragis.

Bukan bererti anda tidak perlu serius dalam menjalinkan hubungan, cuma jangan letakkan harapan 100 peratus terhadap hubungan cinta jarak jauh sebegini kerana perhubungan sebegini sukar dan berisiko tinggi.

5) Kesetiaan

Perhubungan sebegini memerlukan kesetiaan antara pasangan yang bersungguh-sungguh dan ikhlas. Jika tidak hubungan tidak akan berjaya.

Kebanyakan pasangan yang tiada sifat ini akan putus terutama melibatkan pasangan yang baru diperingkat bercinta kerana tiada ikatan. Dalam kes ini, kebiasaannya lelaki lebih kerap berlaku curang.

6) Emosi


Jangan terlalu beremosi ketika berjauhan kerana faktor jarak dan jarang bertemu muka membuatkan anda sering menaruh prasangka buruk. Kawal emosi sebaik mungkin dan perlu berfikiran positif bagi mengelakkan pergaduhan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir