Assalam...apa yang anda tengah lakukan???c.z masih dalam usaha menyiapkan rps slot tematik 40 minit untuk proses pnp esok. sambil wat rps sambil baca blog kawan-kawan dan tinggalkan komen...hehehehe
tadi semasa ziarah terjumpa satu blogger yang bercerita tentang kos haji iaitu RM 9 ++K...
hal tersebut dipetik daripada laporan khabar yang mana dinyatakan oleh Menteri di JPM , Dato' Jamil Khir Baharom ( suka dengar dia bagi ceramah ). antara petikan laporan tersebut ialah:
"Tambang untuk menunaikan fardu haji di Tanah Suci bagi mereka yang pertama kali terpilih untuk mengerjakan ibadat itu pada tahun ini kekal sama seperti tahun lepas iaitu sebanyak RM9,980 seorang."
"Pelbagai perkara dan pertimbangan diambil kira untuk mengekalkan kos ini terutama untuk menjaga kebajikan jemaah yang setia dan lama menunggu giliran yang berumur lebih 75 tahun serta pertimbangan prestasi dan keuntungan TH tahun lepas," katanya di sini semalam.
Jamil Khir berkata, subsidi untuk seorang jemaah tahun ini adalah sebanyak RM4,360 berbanding RM3,060 tahun lepas.
bagi jemaah yang ingin tunaikan haji buat kali kedua kerajaan tidak akan menanggung kos subsidi dan mereka perlu membayar mengikut harga sebenar.
dah baca? apa korang rasa? setiap anak ingin menghantar ibunya @ ayah ke Tanah Suci...tetapi mampukah??dengan kos yang makin naik...tapi bagi c.z selagi c.z hidup c.z akan berusaha untuk hantar my mum ke sana..Doakan yer semoga c.z dapat tunaikan hasrat tersebut...I LOV U MUM...HMUAH...