Kenaikan Elaun Imbuhan Tetap Perumahan 
Naik (ITP) Penjawat Awam 2015? Boleh Tetapi Bersyarat! : Jikalau 
dibandingkan dengan pembayaran bonus 2014 yang akan dibayar Januari 2015
 ini, kalangan penjawat awam telah mengimpikan agar kenaikan Elaun 
Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) naik kakitangan awam dilakukan dengan 
kadar segera. Setuju?

Masakan tidak, kali terkahir semakan 
kenaikan kadar Imbuhan Elaun Tetap Perumahan (ITP) kali terakhir 
dilakukan pada tahun 2015. yang mana :
Kenaikan Elaun Imbuhan Tetap Perumahan Naik (ITP) Penjawat Awam VS Kenaikan 2015?
- Kenaikan Elaun Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) naik bagi Kumpulan Pengurusan dan Profesional Gred 41 hingga 44 adalah kepada RM210.00 sebulan
 - Manakala kenaikan Elaun Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) naik bagi Kumpulan Sokongan Gred 1 hingga 40 adalah RM180
 
Sekarang ini sudah pun menuju ke akhir 
tahun 2014, dan bakal menginjak ke tahun 2015 tidak lama sahaja lagi. 
Kadar elaun yang diberikan “tetap utuh dan masih tidak berganjak” setelah sekian lama…..
- Pada ketika itu harga rumah berapa?
 - Sekarang pula harga rumah berapa kali kenaikan?
 - Bagaimana pula sewa di bandar-bandar besar?
 - Masih relevankah dengan kos sara hidup sekarang ini?
 
Berita terkini dan terbaru Berita Semasa
 semak dari persdidangan Dewan Negara, Menteri di Jabatan Perdana 
Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim akan melakukan semakan kenaikan 
Imbuhan Elaun Tetap Perumahan (ITP) naik kakitangan kerajaan dengan 
bersyarat :
- Syaratnya, jikalau dana dan kewangan kerajaan Malaysia berada dalam keadaan stabil
 
Insyaallah….Mudahan-mudahan dipermudahkan harapan besar 1.4 juta kakitangan awam di Malaysia sekarang ini. Amin
Berita Semasa tidaklah mengatakan yang 
mana kerajaan malaysia mesti menampung kos sewa dan tempat tinggal 
kakitangan kerajaan sehingga 100%. Tidak begitu. tetapi 
sekurang-kurangnya biarlah angka itu munasabah dan relevan pada hari 
ini. Anda semak pada tahun 2005 yang pada ketika harga rumah masih lagi “aman-aman sahaja”
 masih lagi stabil. Sedangkan realitinya kenaikan harga rumah dan kadar 
sewa mula melonjak tinggi sejak tahun 2009 sehinggalah sekarang. 
Munasabahkah kadar Imbuhan Elaun Tetap Perumahan (ITP) naik kakitangan 
awam?
Diharapkan kerajaan Malaysia & JPA pertimbangkan juga kadar Elaun Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) mengikut lokasi.
P/S : Dalam realiti dan cabaran hidup 
sekarang, prihatin sahaja tidak cukup. Yang penting tindakan dan 
prestasi. 1.4 juta kakitangan awam sedang daripada jauh dan dekat 
menilai prestasi anda sekarang ini. Buktikan…
SUMBER : BERITASEMASA