SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Cerita Artis

Malaysia Bakal Jadi Negara 4 Musim Tidak Lama Lagi?

Kebanyakan media sosial dan blogger kini sibuk memperkatakan fenomena pelik yang berlaku di seluruh dunia dan didakwa sebagai tanda awal kiamat. Negara beriklim tropika dan panas mula menerima kesan akibat perubahan cuaca mendadak pada tahun ini dan sebahagian kawasan seperti Mesir serta Vietnam turut dilitupi salji tebal.



Perubahan magnet pada kerak bumi menyebabkan Kutub Utara bergerak dengan lebih cepat ke arah Siberia untuk berada pada kedudukan 40 darjah.

Kisah Perkahwinan Artis Sepanjang 2013


Tarikh: 4 Febuari 2013.
Aeril Zafrel menimbulkan kontroversi apabila mendedahkan dia dan aktres Wawa Zainal telah bernikah sebanyak dua kali masing-masing pada 25 Februari 2012 dan 4 Februari 2013 di Taman Datuk Harun, Petaling Jaya.
Pasangan itu dalam satu sidang media khas telah memohon maaf kerana mengambil langkah menipu peminat dan pihak media mengenai status hubungan mereka yang sebenarnya sudah menjadi suami isteri sejak tahun lalu.
Aeril atau nama sebenarnya Suhairil Suhari, berkata, mereka menyesal kerana tidak mendedahkan berita berkenaan lebih awal sehingga rahsia berkenaan bocor dan dilaporkan oleh pihak media.
Hasil perkahwinan itu mereka telah dikurniakan seorang anak lelaki yang dilahirkan pada 24 Ogos lalu dan diberi nama Ahmad Fakharuddin Attar.
Tarikh: 2 Jun 2013.
Anggota kumpulan Forteen iaitu Izzue Islam, 23, memilih pengurusnya sendiri iaitu Nurinafilah Waharudin, 31, sebagai isterinya yang sah dalam satu majlis yang diadakan pada 2 Jun lalu di Shah Alam, Selangor.
Pasangan itu telah berkenalan sejak 2008 dan telah bercinta selama enam tahun sebelum memutuskan untuk berumah tangga.
Walaupun mempunyai perbezaan umur sebanyak lapan tahun namun Izzue tidak melihat perkara itu sebagai masalah kerana keserasian dalam perhubungan lebih penting.
Tarikh: 7 Jun 2013.
Aktor drama Setia Hujung Nyawa iaitu Amar Asyraf mengambil keputusan untuk berkahwin dengan pasangannya, Arna Salleh selepas menyulam cinta selama dua tahun.
Amar atau nama sebenarnya Amar Asyraf Zailuddin, 27, berkata, perkahwinannya tidak akan menjejaskan perjalanan karier lakonannya yang sedang meningkat naik.
Tarikh nikah: 8 Jun 2013.
Mula menjalinkan hubungan cinta dua tahun lalu dan mengikat tali pertunangan pada 3 November 2012, pasangan pelakon Beego dan Linda Hashim akhirnya disatukan sebagai suami isteri dalam majlis yang meriah pada 8 Jun 2013 di Kuala Lumpur.
Beego atau nama sebenarnya, Mohd Aszerul Nizam Abdullah, 33, menganggap perkahwinan dengan Linda seperti perkahwinan pertama walaupun pernah mendirikan rumah tangga bersama Intan Shahira Mohd Shahru pada 28 Disember 2007 dan bercerai pada 16 Mac 2009.
Tarikh: 23 Jun 2013.
Dengan sekali lafaz pelakon Pierre Andre, 28, sah bergelar suami kepada Siti Nur Hidayah Hashim, 26, dalam majlis pernikahan yang diadakan di Masjid Al-Ikhlas Taman Melati Selayang, Kuala Lumpur.
Pasangan itu telah berkenalan selama setahun dan mengambil keputusan untuk segera berkahwin kerana tidak mahu timbul fitnah yang melihat mereka sering bersama.
Tarikh: 7 Julai 2013.
Ashraf Muslim telah berkahwin dengan Wan Sakinah Ahmad Saburi pada 7 Julai 2013 yang dijadikannya sebagai isteri keduanya di Pattalung, Selatan Thailand yang turut dihadiri keluarga kedua-dua belah pihak.
Ashraf menafikan perkahwinan kedua itu adalah disebabkan ketiadaan zuriat selepas berkahwin dengan Noor Dayana Lokman, 26, pada 30 Ogos 2011 di Mekah.
Katanya hasrat untuk menikahi Sakinah adalah disebabkan hubungan mereka yang terjalin sejak sekian lama iaitu sebelum dia melangsungkan perkahwinan pertamanya.
Isteri kedua Ashraf ketika ini sedang mengandung.
Tarikh: 16 Julai 2013.
Selepas bercerai dengan bekas pemain badminton negara, Jailani Sidek pada 2012, produser kontroversi, Raja Azmi, 54, telah bertemu jodoh dengan gitaris kumpulan CRK iaitu Mohd Eddie Ghazali, 45.
Majlis perkahwinan pasangan itu telah diadakan secara besar-besaran di Laman Sari, Istana Budaya yang turut dihadiri oleh bekas suaminya dan teman-teman rapat bagi meraikan mereka.
Walaupun mempunyai jarak usia dengan Eddie, Raja Azmi berkata, itu bukan halangan untuknya mengecap bahagia dan bertuah mendapat seorang lelaki yang baik dan bertanggungjawab.
Tarikh: 28 Julai 2013.
Bekas pengacara popular TV3, Ras Adiba Radzi, 45, selamat diijabkabulkan bersama lelaki pilihan yang juga penasihat kewangan, Ilias Yaakop, 45, bertempat di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya pada 28 Julai lalu.
Ras Adiba telah dinikahkan oleh bapanya, Mohd. Radzi Wahab, 73, pasangan berkenaan disatukan dengan tiga kali lafaz selain menerima mas kahwin RM99 dan wang hantaran RM10,000.
Tarikh: 13 September 2013.
Black (Mentor) atau nama sebenarnya Hanifah Md Hanafiah, 26, selamat bergelar suami kepada Naquia Yasirah Binti Mohammad Khairi, 28, atau Chira Khairi di Zebra Square, Kampung Pandan sekitar jam 12.10 tengah hari pada 13 September 2013.
Pasangan ini diijabkabulkan oleh bapa Naquia Yasirah sendiri dengan mas kahwin sebanyak RM80 dan wang hantaran berjumlah RM12 ribu di hadapan Ketua Imam Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Bukit Bandar raya, Kuala Lumpur.
Tarikh: 21 September 2013.
Fouziah Gous sah bergelar isteri kepada Md Zhafran Md Yusof, 30, dengan hanya sekali lafaz dalam satu majlis akad nikah yang diadakan di Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong, Shah Alam.
Fouziah menerima wang hantaran sebanyak RM50,000 daripada pihak lelaki dalam majlis pernikahan yang berlangsung berkonsepkan Bollywood.
Tarikh: 26 September 2013.
Hanya selepas dua bulan berkenalan penyanyi Adam dan Fiza (Elite) mengejutkan banyak pihak apabila memutuskan untuk berkahwin pada 26 September lalu dalam suasana cukup ringkas di Majlis Agama Islam Selangor (Mais), Shah Alam.
Menurut Adam, perkahwinan tersebut adalah contoh terbaik kepada kuasa jodoh dan memilih untuk bercinta selepas berkahwin.
Fiza yang kini sudah memakai tudung pernah berkahwin dan memiliki dua cahaya mata iaitu Ferra Aryana Ahmed Farriq, 3, dan Feeya Adyrra Ahmed Farriq, 2.
Tarikh: 25 Oktober 2013.
Pelakon Diana Amir sah bergelar isteri kepada Mohd Habibbullah A Rahman, seorang petugas di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Merbok, Kedah dengan sekali lafaz.
Pasangan itu telah memilih konsep perkahwinan dalam suasana yang cukup sederhana dan Diana hanya menerima mas kahwin sebanyak RM1,000, sebentuk cincin dan senaskhah Al-Quran daripada pihak lelaki.
Tarikh: 10 November 2013.
Pertemuan tanpa dirancang oleh pasangan pelakon Fizo Omar dan Mawar Abdul Karim telah menyatukan mereka sebagai suami isteri pada 10 November lalu di kediaman keluarga pengantin perempuan di Kajang, Kuala Lumpur.
Walaupun perkenalan mereka cukup singkat namun Fizo memberitahu mahu bercinta selepas berkahwin dan yakin Mawar adalah pasangan paling tepat untuknya melayari bahtera rumah tangga sehingga akhir hayat.
Paling menarik, Fizo telah memberikan Mawar jongkong emas seberat 1.01 kilogram sebagai hantaran selain barangan hantaran mewah pada hari bahagia mereka.
Tarikh: 11 Disember 2013.
Rozita Che Wan, 40, dan Zain Saidin, 29, selamat diijabkabulkan pada 11 Disember 2013 (atau 11/12/13) di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam, Selangor dalam sebuah majlis yang penuh mewah dan meriah.
Majlis resepsi pasangan itu juga telah mendapat tajaan bernilai RM13 juta sehingga perkahwinan mereka mendapat jolokan wedding of the Year.
Tarikh: 14 Disember 2013.
Pada usia 60 tahun, pelakon Wan Maimunah telah bertemu jodoh dengan seorang ahli perniagaan iaitu Makpol Saimon dan menariknya mas kahwin yang diterima oleh Wan ialah bimbingan ke jalan yang diredai Allah.
Selain itu Wan Maimunah juga menerima sebentuk cincin dan seutas gelang bagi upacara membatalkan air sembahyang.
Tarikh: 16 Disember 2013.
Penyanyi Farawahida, 28, berjanji untuk memberi lebih tanggungjawab kepada suami berbanding kerjayanya sebagai penyanyi selain menjaga perlakuan dan tingkah lakunya bersesuaian dengan imejnya sebagai isteri orang.
Farawahida selamat dinikahkan dengan pasangannya Abdul Shukur Mohd Zain, 29, yang merupakan seorang ahli perniagaan yang berasal dari Pulau Pinang.

Ariana Rose Ganti Playboy Itu Suami Aku Slot Akasia Bermula 30 Disember 2013

Drama yang diangkat dari novel popular The Wedding Breaker ini menampilkan Nur Fathia dan Keith Foo sebagai watak utamanya di samping pelakon-pelakon berbakat yang lain seperti Nabila Huda, Tasha Shila, Hisyam Hamid dan Arja Lee.



Untuk pengetahuan anda, drama ini mengisahkan tentang seorang gadis bernama Ariana

Chef Wan Dimasukkan Ke Hospital Kerana Jangkitan Kuman di Hidung

Gara-gara tidak boleh tidur selama tiga hari kerana kegatalan dan bengkak di bahagian hidung dan wajah,chef selebriti terkenal, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan terpaksa dimasukan hospital bagi menjalani rawatan lanjut.




Beliau kini sedang dirawat di Hospital Gleneagle Pulau Pinang sejak pagi tadi, di mana pihak

Impian Sebenar Shila Hamzah Yang Rakyat Malaysia Tidak Tahu

Setiap daripada kita pastinya mempunyai impian, begitu jugalah dengan penyanyi yang semakin mencipta nama di persada seni di tanah besar China, Shila Amzah.

Penyanyi berusia 23 tahun ini sebenarnya menyimpan cita-cita sebagai seorang

Stacy AF Terbuka Hati Peluk Islam

Penyanyi Stacy memberitahu hatinya telah terbuka untuk memeluk agama Islam tanpa bantahan keluarga.

Stacy atau nama sebenarnya, Stracie Angie Anam, 23, berkata, perasaan itu timbul tanpa

Punca Kematian Paul Walker Akhirnya Terjawab - "Kerana Kelajuan"

Berdasarkan siasatan ke atas kemalangan yang mengorbankan bintang Fast and Furious Paul Walker dan pemandu Roger Rodas, sumber penguatkuasaan undang-undang yang tidak dinamakan memberitahu Associated Press bahawa tidak ada tanda-tanda kegagalan mekanikal pada Porsche Carrera GT yang telah musnah dalam kemalangan tersebut.



Laporan dari The Huffington Post mendakwa pegawai yang berkenaan menyalahkan “kelajuan sahaja” dalam kemalangan maut tersebut. Laporan yang sama menolak kehadiran

Tarikh Tayangan Filem Fast Furious 7 Ditunda Ke 10 April 2015

SELEPAS kematian pelakon utama filem Fast & Furious, Paul Walker pada akhir bulan lalu, filem ketujuh yang dijadualkan tayangan pada 11 Julai tahun depan ditunda kepada 10 April 2015.

Pengumuman yang sudah dijangka itu dibuat melalui laman sosial Facebook milik pelakon

Gambar | Ibu Pejabat Instagram di San Francisco

Sebanyak 150 juta orang individu menggunakan media sosial Instagram. Syarikat kecil yang hanya mempunyai 13 orang pekerja ini dibeli oleh Mark Zuckerburg pada harga USD 1 Billion awal tahun ini. Jadi bagaimanakan rupa pejabat syarikat aplikasi mengambil gambar No 1 dunia ini? Hari ini anda boleh melihat sendiri rupa pejabat mereka di San Francisco. Nampak sangat simple jika dibandingkan dengan pejabat Google dan Facebook. Dare I say boring even!

BACA >>> Gambar | Ibu Pejabat Twitter Di San Francisco

Gambar | Ibu Pejabat Twitter Di San Francisco

Ini ialah ibu pejabat media sosial kegemaran kami Twitter yang terletak di San Francisco. Pejabat setinggi 3 tingkat ini dilengkapi studio Yoga, gimnasium dan bilik permainan video. Pejabat ini baru sahaja dibuka dan direka bagi memastikan suasana kondusif untuk kesemua pekerjanya. Sangat comfy. 

Linda Onn Sahkan Akhiri Zaman Bujang Dengan Kerabat Diraja 27 Disember 2013

 Penyampai radio Suria FM, Linda Onn mengesahkan bakal mengakhiri zaman solonya dengan seorang kerabat diraja pada 27 Disember ini.

Linda atau nama sebenarnya, Rozlinda Onn, 36, bagaimanapun berkata, majlis pernikahan

12 Perkara Tentang AIM 2013 Yang Anda Tidak Tahu

12 perkara mengenai AIM 20. Jom kita semak bersama-sama!

1. Walaupun hujan, ia tidak menghalang artis-artis yang hadir untuk melangkah hebat

Skandal Adi Putra Mahu Kes Dibuka Semula

Semalam satu sidang media telah diadakan bagi pihak Adi Putra sendiri bertempat di Dewan PWTC Kuala Lumpur. Dan pada hari ini satu sidang media lagi telah diadakan bagi mewakili pihak Nooraida wanita yang telah dikaitkan dengan kes penyebaran gambar lucah sebelum ini.

Nooraida yang ditemani suaminya Haji Amiruddin bin Othman dan peguamnya telah

Persandingan 'Taman Inggeris' Rozita & Zain Penuh Meriah

Majlis resepsi persandingan pasangan selebriti Zain Saidin, 29, dan Rozita Che Wan, 40, berlangsung penuh meriah dengan tema "taman Inggeris" yang diadakan di Setia City Convention Centre, di sini, Jumaat malam.



Kedua-dua pasangan itu melangkah masuk ke dalam dewan kira-kira pukul 9 malam diiringi

Kes Skandal Isteri Orang, Adi Putra Bebas Tuduhan

Akhirnya teka-teki mengenai keputusan siasatan kes skandal dengan isteri orang yang melibatkan Adi Putra terjawab jua. Adi, isteri, ahli keluarga dan para peminatnya boleh menarik nafas lega apabila pihak polis mengklasifikasikan kes tersebut sebagai “no further action” atau tiada tindakan lanjut. Senang cerita, Adi Putra didapati tidak bersalah.
Bercakap di sidang media yang diadakan di PWTC malam semalam, Adi Putra memohon agar

Emma Maembong Kini Bertudung ??

Emma ckp tergerak hati lepas dia bawa watak dlm projek memikat suami. Semoga istiqamah... jgn on off lah eh emma. kuatkan hati tu. Dan dia minta kita semua doakan dia.


Rozita Che Wan Gayakan Barang Kemas RM11 Juta Pada Malam Berinai

 Pelakon Rozita Che Wan tampil menawan apabila menggayakan barangan kemas tajaan Habib Jewels bernilai RM11 juta sempena malam berinai yang berlangsung di Dewan N'Dah Shah Alam di sini, malam Selasa.

Rozita atau lebih mesra dengan sapaan Che Ta, 40, memasuki dewan kira-kira pukul 9

Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang 2013 Full Movie Download

Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang mengisahkan seorang pemuda iaitu Dadu (Shahrol Shiro) yang tidak mempunyai hala tuju hidup. Dia sering dibuang kerja dan tidak pernah serius dalam hidup.

Tinggal serumah pula dengan Muiz (Ajak Shiro) yang turut bergantung hidup kepadanya

Kia Niro Konsep 2013 - 5 Gambar

Kia baru sahaja mengumumkan ia akan membawa kereta konsep di Frankfurt Auto Show . Konsep ini dikenali sebagai Kia Niro . Walaupun butir-butir teknikal masih belum jelas, 

Gambar | Pelancaran Lamborghini Veneno Roadster Di Atas Kapal

DUBAI – Pelancaran kereta sport Lamborghini Veneno Roadster baharu yang berharga AS$4.5 juta (RM14.55 juta) dibuat di atas sebuah kapal pengangkut pesawat milik tentera Itali di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada 2 Disember lalu.

Kereta itu dilengkapi enjin V-12 yang mempunyai 750 kuasa kuda dan boleh dipandu melebihi 340 kilometer sejam kerana rangka badannya diperbuat daripada gentian karbon yang ringan.

Gambar | 3 Lamborghini Terbakar Milik Rakyat Singapura di Lebuhraya Utara Selatan

Sesiapa yang melalui Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Seremban pagi semalam, pasti terperangkap dalam jem teruk.
KLIK UNTUK LEBIH GAMBAR 

Paul Walker Masih Hidup, Hanya Cedera Parah Di Muka

Walaupun kematian Paul Walker ini telah disahkan banyak pihak > BERITA PENUH KEMATIAN PAUL WALKER BINTANG FAST AND FURIOUS < , namun timbul satu isu baru yang mengatakan kemalangan hanya mengorbankan pemandu kereta yang tersepit dan bukannya Paul Walker. Paul Walker yang mengalami kecederaan parah di muka dan ini dibuktikan dari gambar yang kami terima ini.

GAMBAR SEBELUM DIRAWAT .. LAGI ??? SINI 



GAMBAR SELEPAS DIRAWAT : sini

Punca Kemalangan Maut Pelakon Utama Fast Furious, Paul Walker

Pelakon utama filem Fast & Furious, Paul Walker dilaporkan terbunuh dalam satu kemalangan tengah hari semalam di Selatan California, lapor TMZ.

Kemalangan berlaku di Santa Clarita, apabila Porsche dinaiki Paul dan seorang lagi individu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir