SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , , , , » Rahsia Kutipan KL Gangster 3.5 Juta Dalam Masa 3 Hari

Rahsia Kutipan KL Gangster 3.5 Juta Dalam Masa 3 Hari

 Seramai 10 penerbit filem bumiputera mengambil inisiatif dengan membeli sebanyak 5,000 keping tiket filem arahan Syamsul Yusof iaitu KL Gangster 2 sebagai tanda sokongan terhadap karya berkenaan yang telah dicetak rompak sebelum ia ditayangkan di pawagam.
ohartis poster KL Gangster 2
Penerbit Eksekutif Nusa Bakti, Isma Liza atau Isma AF berkata, tiket-tiket tersebut akan
diedarkan di empat buah pawagam iaitu Tanjung Golden Village (TGV), Golden Screen Cinemas (GSC), MBO Cinemas dan Cathay bermula Khamis ini untuk pembeli tiket bertuah di seluruh Malaysia.
"Setiap penerbit telah membeli 500 keping tiket dan secara keseluruhannya kami berjaya mengumpul 5,000 tiket dan ia akan diberikan kepada penonton bertuah.
"Jika mereka ingin dapatkan sekeping tiket percuma mereka perlu membeli dua tiket filem KL Gangster 2, " katanya pada sidang media yang diadakan di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) di sini, Selasa.
Antara penerbit filem yang terlibat adalah Datuk Yusof Haslam selaku penerbit KL Gangster 2,Afdlin Shauki, Aziz M. Osman, Rosyam Nor, Othman Hafsham, Jurey Latiff Rosley, Norman Abdul Halim dan Mohd Nor Kadir.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir