SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , , , , » Hanya Pulau Pinang dan Melaka Perlu Menyambut Hari Merdeka ??

Hanya Pulau Pinang dan Melaka Perlu Menyambut Hari Merdeka ??

Ini pula fakta sejarah negara yang disahkan oleh Majlis Profesor Negara, MPN.

Malaysia atau Tanah Melayu tidak pernah dijajah oleh British, tetapi cuma diletakkan di bawah naungan British dan diiktiraf kedaulatannya.
JANGAN LUPA LIKE --->>  HANYA DI MALAYSIA KU New

Hanya tiga negeri, Singapura, Melaka dan Pulau Pinang menjadi tanah jajahan British.



PROF DATUK DR ZAINAL KLING / KETUA KLUSTER SEJARAH, WARISAN DAN SOSIO BUDAYA MPN
Maka fakta sejarah dan perspektif sejarah ni mesti di ubah. Jangan lagi menyebut kita terjajah selama 400 tahun, itu adalah kesalahan yang amat besar. Kita tidak pernah terjajah kecuali kita hanya terjajah 2 tahun di zaman Malayan Union dari awal 1946 sampai akhir 1947. Dua tahun sahaja kerana rancangan Malayan Union untuk menjadikan Tanah Melayu, Negeri-Negeri Melayu sebagai direct rule dari London melalui govenor yakni koloni. Maka itu saja tempoh kita terjajah. Selainnya kita tak pernah terjajah kecuali zaman Jepunlah. Jepun tu datang untuk menakluk maka mereka menang selama 3 tahun.



Menurut Profesor Datuk Doktor Zainal, jajahan dan naungan membawa pengertian berbeza dari sudut sejarah pemerintahan Tanah Melayu sejak sebelum merdeka.
JANGAN LUPA LIKE --->>  HANYA DI MALAYSIA KU New

Ia kerana sebagai negara di bawah naungan kerajaan British, pemerintahan Tanah Melayu ketika itu tertakluk di bawah institusi dan Majlis Raja-Raja Melayu.

Justeru, tuduhan anggota polis, pemimpin parti politik dan pegawai Melayu sebagai kakitangan British adalah tidak benar dan bercanggah dengan fakta sejarah.

Sebaliknya, golongan berhaluan kiri seperti PKM yang menentang polis adalah golongan yang menentang pasukan keselamatan Tanah Melayu.

PROF EMERITUS DATUK DR ZAKRI ABDUL HAMID / PENGERUSI MPN
Kita di sini ingin membetulkan sebarang fakta ataupun interpretasi yang mungkin tidak betul. Itu yang kita mahu buat. Jadi kita punya respon ini bukannya respon dalam konteks politik.

8 wakil MPN hadir pada pada sidang media khas ini bagi menjelaskan fakta sejarah sebenar yang cuba dicemari pihak tertentu.

MPN juga akan menganjurkan bengkel dan sessi penerangan bersama Universiti Perguruan Sultan Idris, UPSI, berhubung fakta berkenaan tidak lama lagi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir