Gambar | Abby Abadi Buka Puasa Di Rumah Mertua

Semua sedia maklum, Abby Abadi telah pun selamat bernikah dengan jejaka pilihannya, Muhammad Noor Farhan Che Bakar, 24 pada 9 Julai lalu dan sempena bulan Ramadhan ini, Abby telah mengambil peluang yang ada untuk berkenalan serta berbuka puasa bersama keluarga mertuanya di Tumpat , Kelantan sekitar minggu lalu.

Dalam pada itu, menerusi laman Instagram milik Abby Abadi, dia telah sempat memuat naik beberapa foto indah sewaktu berbuka puasa bersama keluarga mertuanya dengan caption berbunyi :


Sempat singgah berkenalan dengan Kaum Kerabat En Somi + berbuka puasa sama.
Berbuka sama semalam #19July2013 Sebahagian keluarga besar Arwah Tuan Haji Idris & Hajah Ramlah. Syukurrrr! mereka menerima saya seadanya. Abi tak sabar nak bawak Anak3 pula lepas ni.. Keluarga ‘hijauuu’ juga huhu rhuperrrrnyaa.