Selepas lebih tiga bulan membiarkan peminat dan para media ternanti-nanti, akhirnya pasangan yang suka kami gelar sebagai ‘Jay-Z & Beyonce Malaysia’, Ning Baizura dan suaminya, Omar Sharif Christopher, memperkenalkan putera sulung mereka, Ryan Sky Dalton untuk tatapan umum.

Ryan diperkenalkan kepada media dalam satu majlis khas yang berlangsung di restoran Neo Tamarin, Kuala Lumpur, hari ini.
“Terima kasih kepada semua pihak media kerana menghormati keputusan kami. Ini juga pesan ibu saya, katanya biarlah bayi kami tu berusia tiga bulan, barulah boleh kalau nak bawa atau perkenalkan pada semua.
Pada majlis itu hadirin turut dipertontonkan klip video muzik terbaru Ning berjudul Pelangi Untukmu yang turut menampilkan anaknya itu.
Ning Baizura melahirkan Ryan Sky Dalton pada 31 Januari 2013 pada jam 3.06 pagi dengan berat 3.47kg. Tambah bermakna, tarikh tersebut merupakan hari ulang tahun kelima perkahwinannya.