Ekslusif- Puteri Sarah Sahkan Kini Telah Berhijab Sepenuhnya, Duta Tudung Najjah


Jika minggu lepas pelakon, Puteri Sarah cuba berhijab penuh, khabar terbaru yang singgah memaklumkan dia kini tampil dengan imej bertudung sepenuhnya.
sarah
Dia yang dihubungi mengesahkan perkara tersebut dan melahirkan rasa syukurnya;
 
"Alhamdulillah, niat saya untuk berhijab penuh telah dimakbulkan. Jika sebelum ini saya hanya berselendang, tapi sejak tiga hari lalu saya telah mengenakan tudung sepenuhnya."
 
Sarah berkongsi saat mula dia mengenakan tudung penuh selepas dipilih menjadi model tudung jenama Najjah pada Selasa lepas.