Berikut ialah penerangan daripada Hakim Syarie Atras Mohammad Zin:-
Walaupun rujuk secara perbuatan itu tidak salah dari segi hukum tetapi defendan harus melihat ia mengikut konteks undang-undang dan mazhab yang diguna pakai di negara ini. Defendan sepatutnya merujuk perkara berkenaan kepada mahkamah syariah untuk memutuskan perkara itu sebagai sah atau pun tidak. Dengan ini mahkamah mengesahkan pihak defendan dan plaintif sah bercerai kali pertama pada tarikh tersebut dan rujuk perbuatan yang dibuat adalah tidak sah.
Farazila melahirkan rasa kelegaannya kerana kes penceraiannya ini telah selesai sementara Sham Kamikaze pula berkata yang di redha dengan ketentuan Allah terhadap keputusan mahkamah dan enggan mengulas mengenai punca keretakan rumah tangganya.
via beautifulnara