Lagu Muara Duet Hafiz & Dato’ Siti Nurhaliza dipilih menjadi lagu tema sebuah drama terbaru Astro iaitu Drama Adam & Hawa. Untuk info pembaca budiey.com, drama Adam & Hawa akan disiarkan mulai 27 Ogos 2012, setiap Isnin hingga Khamis, 9 & 9.30 malam (dua episod berturut-turut) di Astro Mustika HD.

Kolaborasi Dato’ Siti Nurhaliza bersama penyanyi lain seringkali tidak menghampakan. Terbaru, penyanyi tersohor negara ini telah bekerjasama dengan juara Akademi Fantasia Musim 7, Hafiz Suip untuk sebuah lagu duet bersama berjudul Muara.
Pada 1 Ogos 2012 lalu, Budiey telah merakam video Hafiz menyanyikan lagu tema Adam & Hawa ini tanpa kehadiran Dato’ Siti Nurhaliza.
Lagu yang diberi judul Muara tersebut merupakan ciptaan dan nukilan daripada Hafiz sendiri bersama Adi Sixth Sense untuk drama Adam & Hawa lakonan Aaron Aziz dan Nadiya Nissa.
via : Budiey.com