Euro 2012 : Gambar | Sepanyol Juara Euro 2012 Kalahkan Itali- 4-0

Sepanyol mempertahankan kejuaraan Eropah apabila menewaskan Itali 4-0 pada final euro 2012 di Stadium Olimpik Kiev, Ukraine..




Sepanyol mendahului seawal minit ke-14 menerusi tandukan pemain Manchestar City, David Silva hasil hantaran lintang Cesc Fabregas dan menambah jaringan menerusi larian solo Jordi Alba pada minit ke-41. Itali gagal menyerlah meskipun penyerang kontroversinya, Mario Balotelli beberapa kali melakukan rembatan kencang tetapi tersasar. 



Penyerang termahal Chelsea, Fernando Torres pula menjaringkan gol pada minit ke-84 manakala rakannya yang juga pemain tengah Chelsea, Mata melengkapkan kemenangan Sepanyol menerusi gol pada minit ke-84.