Mahkamah China menyatakan Apple bersetuju membayar sebuah syarikat tempatan AS$60 juta untuk menyelesaikan perbalahan berhubung pemilikan nama iPad.
Mahkamah Tinggi Guangdong menyatakan Apple dan Proview Technology mencapai persetujuan itu menerusi rundingan yang menamatkan kes itu.Apple menyatakan ia membeli hak global untuk nama iPad daripada Proview pada 2009 tetapi pihak berkuasa China menyatakan pemilikan di negara itu tidak pernah dipindahkan. - AP