Kubur pemimpin Palestin, Yasser Arafat mungkin akan digali bagi membolehkan lebih banyak ujian dilakukan untuk menentukan punca kematiannya, kata Presiden Pihak Berkuasa Palestin, Mahmoud Abbas semalam.



Beliau membuat kenyataan tersebut selepas sebuah makmal Switzerland melaporkan, pihaknya menemui kandungan tinggi bahan radioaktif polonium pada beberapa barangan yang digunakan oleh Arafat beberapa hari sebelum kematiannya.
Kenyataan itu dibuat selepas balu Arafat, Suha dalam satu temu ramah yang disiarkan stesen televisyen Al-Jazeera menyatakan suaminya itu diracun dengan polonium.