Hiburan : Gambar | David Teoh Akan Saman Kamal Adli
Menurut sumber yang boleh dipercayai, David Teo telah menghantar kiriman SMS kepada hero filem GM, Kamal Adli, meminta supaya dia menghadiri prebiu filem terbitannya, Aku Ada, Kau Ada? yang turut dibintangi oleh pelakon ini. Jika tidak, MIG akan mengambil tindakan saman ke atasnya. Untuk makluman, prebiu filem Aku Ada, Kau Ada? juga dijadualkan pada hari dan waktu yang sama, cuma berbeza lokasi iaitu di Cathay Cineplex, Cineleisure.